Ini konsert terakhir Alif Matiin sebelum meninggalkan Nasyrah. kali ini persembahan solonya adalah sebagai Mr Pantun. anak saya akan menggayakan pantun tiga rangkap ciptaan Teacher Mun.

merah warna si biji saga,
hari rabu pergi ke pekan;
sedari kecil ibu jaga,
jasa ibu jangan lupakan.
 
atas para ada beras,
untuk dibuat tepung pelita;
ayah kita bekerja keras,
untuk sara keluarga tercinta.
 
simpan duit dalam peti,
untuk diguna bayar zakat;
pada guru kita hormati,
agar ilmu bawa berkat. 
 

Comments

Gurindam Jiwa said…
Kalau Blogspot ni ada butang "LIKE" macam Mukabuku, alangkah baiknya. :-)
Mawar Safei said…
Encik Gurindam
bolehkah? :-/
CIK NEEYA said…
teringinnya nak tengok Alif Matiin berpantun ! hehe