Hari ini kuliah penulisan kreatif saya bermula lagi untuk semester ini. seperti biasa, saya senang sekali bertemu pelajar dengan mendera mereka untuk berani berimaginasi, berjalan di  lorong yang tidak biasa mereka ikut selama ini. saya ingat sesi lepas kumpulan kursus ini saya minta menulis cerpen berasaskan dunia masakan. kali ini, mereka dicabar mengemukakan tokoh yang menarik perhatian. tidak kira siapa. mungkin sahaja seorang tua yang selalu berulang alik ke musala. atau dia seorang pemain piano yang dikenali  di lobi hotel. atau dia seorang perempuan yang menyediakan sajean dalam kembara ke Pulau Dewata. yang penting tokoh itu memberikan ilham untuk menumbuhkan cerita. di hujung kuliah saya mengemukakan sedutan persembahan Yanni di Acropolis. saya uji ketajaman mahasiswa saya untuk menyaring. mengapa Yanni? saya tidak pasti sama ada deraan saya kali ini lebih zalim. mahasiswa saya masih harus memuatkan rakaman tokoh itu dalam entri blog masing-masing sebelum dipindahkan ke atas kertas. cerpen yang dihasilkan harus berada di atas meja saya menjelang berakhirnya semester ini!

Comments

zubaidah said…
teringatkan dahulu, saya sebagai pelajar dr, sesi lepas. mengenai masakan! saya mengembara ke alam imaginasi, nyaris tidak dapat pulang ke realiti. *senyum*

rindunya untuk kembali dalam tuntunan kuliah dr.

InsyaAllah. Langkah bakal dimulakan. Hahaha..
Mawar Safei said…
Zubaidah
apa kabar?
sudah tamat pengajian, kan?
cerpen Zubaidah sangat mengesankan. saya sudah hantar ke penerbit, tapi dimaklumkan ada kekangan teknikal.
mohon hubungi saya di emel mar@ukm.my.

terima kasih.
Mawar Safei said…
Rai
langkah harus sudah bermula!
terimbau kenangan sewaktu memjadi pelajar Dr pada semester pendek sesi 2010/2011... dari sebiji kek..Dr meminta kami memberi pandangan dan ulasan...sangat terkesan pada jiwa...kelas terakhir sebelum menamatkan pengajian...ahh!rindu untuk menjadi pelajar semula...dan yang paling indah..menyiapkan tugasan cerpen di hospital sewaktu menjaga ibu saya...sehingga jururawat mengandai saya adalah penulis muda! terima kasih Dr.!=)
Mawar Safei said…
Khadijah
saya masih ingat Khadijah.
terima kasih juga masih ingatkan saya.

selamat maju jaya untuk masa depan di sini dan di sana.

Syahirah Roslee said…
assalamualaikum dr..ini blog saya..syahirah
http://nursyahirahroslee.blogspot.com/