doa yang dimakbul
Pernahkah saudara duduk, berdiam seketika dan tiba-tiba menyedari bahawa ada perkara yang terjadi dalam jalan hidup saudara dan ia ternyata sehaluan dengan keinginan hati, sebenarnya adalah doa yang pernah dipohon sebelum ini. ketika itu segenap kepercayaan seakan mahu merangkul kecintaan pada Allah.  betapa Allah mendengar doa yang dibisikkan. begitu Allah sangat dekat mengetahui apa yang melintas antara rasa, hasrat mahupun penafian. ia pasti membawa kita kepada tafsiran Qutb bahawa Allah itu lebih dekat daripada urat leher kita sendiri. makanya, tidak mungkin ada yang dapat menyelinap sembunyi daripada Ilmu-Nya. Allah Maha Agung!

Comments

RayyanZilfi said…
Pernah.Beberapa kali. Siapakah yang berani berkata bahawa doa sendiri tidak makbul, jika cukup syarat2/cara berdoa?Bagi saya, jawapannya ialah:
a)Makbul-cepat
b)Makbul-lambat
c)Lama menunggu-tiada jawapan TAPI sebenarnya Allah menggantikannya dengan yang lain, atau menghindari bala atau bencana yang sepatutnya berlaku terhadap diri kita.
d) Tuhan beri di sana nanti.
Mawar said…
Rayyan

tahniah, tanggapan yang mantap.
ada doa saya yang nampaknya belum dipenuhi Allah. tapi ya Allah! saya percaya bahawa saya akan diberikan waktu di sana...saya percaya.

saya mahu terus bersangka baik kepada Allah yang sudah memberi saya dengan banyak. sedang saya begitu sedikit melakukan yang terbaik kepada-Nya.

terima kasih Rayyan.
RayyanZilfi said…
Dr Mawar,
sempena hari Jumaat yang mulia lagi penuh rahmat ini, doakanlah juga ya, untuk saya, jadi jutawan bertaqwa (tak sebut matawang pun tak apa, pasti Dia tahu.hihihi...).Ada sesetengah kawan siap berdoa untuk jadi jutawan RM, pound sterling, dll. Bukannya apa Dr, saya cemburu juga pada surau-surau dan restoran-restoran sahaja yang TAQWA! Hahaha!Betul! Serius!
Mawar said…
Rayyan

ya Allah kurniakan nikmat harta kepada sahabatku ini, agar dengannya dia akan dapat berbahagi kepada yang lain. dengannya juga dia menjadi hamba-Mu yang bertaqwa. amin.
Unknown said…
Assalamualaikum dr mawar
ini blog saya aishahzan.blogspot.com