Cerpen terbaru saya di Mingguan Malaysia, 4 november 2012. antara tikungan yang aneh. ia sebuah cerita sedih. terima kasih kepada sdr Ku Seman Ku Hussein, editor yang menyiarkan cerpen tersebut. kenangan di Arafah dan rakaman kisah seseorang yang banyak kehilangan dalam hidupnya.

Comments

Fathul Khair said…
Assalamualaikum.

Tahniah Dr. atas cerpen yang tersiar. Tidak berkesempatan membeli MM semalam, kerana bumi Ipoh ditimpa hujan. Mujur ada dimuatkan dalam laman sesawang Utusan.
Mawar Safei said…
Sdr Fathul Khair,

alhamdulillahi rabbil alamin. terima kasih!
Mawar Safei said…
Tuan Nassury,

alhamdulillahi rabbil alamin. terima kasih sudi baca kerja ambo!
Rositah Ibrahim said…
Salam.
Mawar panda kecek kelate ruponyo....

Saya tok dei lagi nok baca tapi saya tahu cerpen mawar meme saya suko...
Tahniah!
Anonymous said…
Dr, maaf, mungkin dr tak tengok di posting cd pasal mungkin dah lama. Saya cuma nak bertanya di mana boleh didapatkan cd berkenaan. Terima kasih
Tetamu Istimewa said…
Tahniah Dr Mawar. Perkongsian yang menarik dan berilmu. Walaupun sekadar berkisah hilang mencari jalan, namun tanpa kekuatan iman dan kesabaran sukar untuk menemui titik keinsafan dan penemuan jalan pulang.
Mawar Safei said…
Itah
buleh. cumo ambo takut salah kecek demo ketawakan ambo. heee...

terima kasih demo suko baco cerpen ambo hok tu...:-)
Mawar Safei said…
Anonymous
aduhai, saya ingat untuk balas, tapi bertangguh. maafkan saya!

difahamkan Kamrul berada di london sekarang. sudah saya tinggalkan pesan. akan saya maklumkan di entri tentang cd Kamrul nanti...insyaAllah.

terima kasih atas perhatian.
Mawar Safei said…
Tetamu Istimewa
ya, ia bukan hanya soal jalan pulang ke rumah, tapi jalan pulang yang lebih hakiki...Allah!

terima kasih atas kesudian membacanya. selamat berkarya.
RayyanZilfi said…
Alhamdulillah, saya baru berkesempatan membacanya.Kebetulan juga pagi tadi saya tersesat dalam rindu!Gurau.Saya tersesat di Sungai Long!Ingin ke Taman Rakan.Sesampainya di halaman yang tidak seindah dulu ini, saya terus ke laman Dr Mawar. Seperti biasa, satu halaman yang menyejukkan mata dan hati ini.Alhamdulillah.
Mawar Safei said…
Rayyan

ada kawan mengacah, kenapa tidak guna gps?!

RayyanZilfi said…
saya hanya bawa 'Black Battery' pada waktu itu!(Bukan Blackberry atau telefon pintar...)
Ummi said…
Mabruk!
Baru berkesempatan membacanya! Memang kelas & tinggi nilainya. Ambo tak tahu sangat nilai sastera ni tapi dapat rasakan karya ni memang bagus.

Please to know you and read your work, alhamdulillah.

May Allah bless us in both worlds, ameen.

Ummi
muzafahmad said…
Salam. Dr Mawar,
Saya sangat menyukai cerpen ini.
Ceritanya cukup mengesankan.
Mawar Safei said…
Ummi
Allahu akhbar!
saya pulangkan segala pujian kepada Allah. segalanya dari DIA.

doa saya juga Ummi sekeluarga diramati dan dikasihani-Nya selalu.

terima kasih.
Mawar Safei said…
Sdr Muzaf

terima kasih kerana membaca.
semoga sdr berkarya terus, dan berikhlas hati dalam menulis.

salam hormat.