Ya Allah. saya masih mencongak-congak jurus yang Allah mahu pandu saya apabila petaka ini terjadi. lihatlah rupa rumah saya ini. hampir semua gambar entri saya hilang. puncanya saya memadam folder di galeri gambar dari telefon tangan saya yang mengandungi kesemua foto dalam blog ini termasuk header. saya memadam dengan dua andaian. pertama, adakah virus, tiba-tiba ada folder gambar-gambar blog dalam simpanan telefon pintar saya. kedua, ditakuti jumlah bilangan yang banyak (kira-kira 900 keping) mengganggu ruang telefon. maka saya padam folder berkenaan. akibatnya, pagi ini saya melihat wajah petaka tersebut. ya seperti yang sdr lihat sekarang! saya mohon budi baik, kepintaran mana-mana teman yang bijak memanggil semula folder tersebut. saya sedar adanya hubungan blog ini dengan telefon pintar apabila telefon menjadi tempat saya menyemak entri hampir setiap hari. ada jaringan. ada jalinan antara mereka. saya masih berharap, folder itu dapat dipanggil pulang dan saya tidak perlu memuat naik foto-foto yang saya senangi secara peribadi (sejak 2006). sedang ia juga merupakan bahan pengajaran saya dalam kuliah. semoga ada yang sudi bantu... terima kasih.

Comments

Menggunakan alamat email dan pasword blog Dr. cuba Dr. cari gambar-gambar berkenaan melalui picasa web album.
Mawar Safei said…
!t jvst v @nd Me

terima kasih banyak atas perhatian.

folder gambar blog di picasa saya KOSONG.... :-(

Gurindam Jiwa said…
Go your your Blogger Dashboard (http://www.blogger.com/home) after signing in. At the bottom right corner, there's the "Send Feedback" button. Use that to contact Google and try explain you predicament thoroughly. May be they can try to retrieve something from their Cache or something.

Let's see how they respond.

Good luck.
Kak Ton said…
Alahai, kalaulah saya mampu.
Mawar Safei said…
Sdr Gurindam
terima kasih atas perhatian dan bantuan. saya baru mengirim kepada google.

semoga nasib baik berdiri di samping saya!
Mawar Safei said…
Kak Ton
terima kasih!
ia perkara kecil tapi sangat mengesankan....
ardisia said…
Saya tak pandai nak tolong..saya pun sedih bila tiba-tiba nampak banyak sangat 'no entry'.Saya hanya boleh doakan.
Mawar Safei said…
Ardisia
terima kasih kerana berbahagi rasa. alhamdulillah. saya sudah dapat kesan kembali gambar-gambar lama di google. tapi memakan masa untuk kerja tampal semula.

semoga sihat ya!
ardisia said…
Alhamdulillah!
Saya baru sahaja membekam diri sendiri Jumaat lepas (17 Zulhijjah dan 19 Zulhijjah, Ahad lalu).Tanpa mensia-siakan tanggal 19 Zulhijjah itu, saya pula membekam seorang kawan.Alhamdulillah.Harap Dr Mawar sudah dibekam.Di Bangi, banyak juga tempat yang menawarkan perhidmatan bekam.Hari ini 21 Zulhijjah, saya akan membekam 2 orang wanita semasa rehat nanti. Nak saya bekamkan? Elok bekam pada hari Selasa dan Khamis (selain dari 17,19 dan 21 haribulan kalendar Hijrah).
Mawar Safei said…
Ardisia @ pembekam

TAHNIAH!
saya mahu juga dibekam untuk kepala saya yang selalu diserang angin ini. tapi soalan yang sama, kalau kena cukur rambut, saya tak mahulah. kalau tempat lain, boleh?
ardisia said…
boleh.lain-lain tempat, tiada pencukuran berlaku...
Mawar Safei said…
Ardisia,
insyaAllah!
ardisia said…
Dr Mawar,
pada firasat saya, one fine day, (cehceh,maaf dwibahasa) saya berjaya juga bekam kepala Mawar tanpa perlu mencukur rambut, ada jarum khas.Cuma dengan kaedah itu, saya belum belajar, jauh sekali mempraktikkannya.
Mawar Safei said…
Ardisia
belajar dulu, nanti salah tebuk kepalaku ini...
ardisia said…
Hahaha!Astaghfirullah!Adoi!