Antara tabiat kejam saya terhadap mahasiswa adalah, saya akan mengunci pintu setelah lima belas minit kuliah dimulakan. berdosakah saya? ya Allah ampuni saya jika ia kekhilafan yang sehingga kini saya tidak rasakan. kewajaran yang dijangka, saya hanya mahu mahasiswa saya menghormati ilmu, bijak mengurus masa dan saksama terhadap teman-teman lain dan saya juga ketika kami sedang khusyuk membincangkan mauduk kuliah. pada minggu berikutnya saya perhatikan ruang kuliah sedia penuh seawal saya melangkah masuk. alhamdulillahi rabbil alamin. saya akan bertanya, mengapa lewat minggu lepas. ya, jawapan yang dijangka juga, bangun lewat. Allah! tahukah sdr rata-rata jadual tidur mahasiswa sangat aneh. mereka mula tidur jam 4 pagi atau ada yang mengaku pernah tidak tidur sama sekali pada malam berkenaan. aneh sekali! saya teringat narasi orang-orang yang mendiami gua dan raqim yang merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah yang menakjubkan (al kahf: 9).

Comments

Tetamu Istimewa said…
Semasa menuntut di UPM dulu, dalam kelas penulisan pernah seorang rakan saya dihalau oleh pensyarah tersebut kerana datang lewat. Dan apabila masuk ke kelas, melenggang kangkung sahaja. -akibatnya dihalau.
Anonymous said…
Can I clone your article to my blog? Thank you.
Kakanda Mawar,

Memang sesuai kanda melakukan sebegini. Ini adalah untuk melatih siswa/ siswi supaya boleh bangun pagi untuk pergi kerja apabila sudah bekerjaya nanti. Jika buat 'assignment' tidak di saat-saat akhir, tidaklah bangun lewat. Jika buat 'assignment' tidak di saat-saat akhir tiadalah yang cuba-cuba hendak buat 'temuramah' melalui emel! Kalau ya nak berparti pun, partilah di hujung minggu, jangan di hari kuliah. Teruskan Kanda! Integriti pendidik berterusan!
RayyanZilfi said…
Dr Mawar,
begitulah sifatnya manusia masa kini, bukan hanya setakat terbatas kepada remaja sahaja, juga remaja purba seperti saya.Mula keluar rumah jam 10 malam atau 12 malam, balik ke rumah pukul 4 pagi (walaupun yang telah ada anak isteri)! Bukan hanya pada kaum Adam, kaum Hawa yang belum berkeluarga pun ada yang saya pernah jumpa yang kehidupannya pun begitu...Oleh sebab itu tidak hairanlah jika rata-rata manusia sekarang mudah mendapat penyakit yang aneh atau menjurus kepada barah (kemungkinan ia adalah antara sebabnya kerana hormon melatonin dihasilkan sewaktu malam, semasa istirehat). Ayah saya suka mengulangi ayat ini:"Orang-orang yang tidak normal!", bila bercakap tentang isu manusia yang bangun lewat waktu pagi dan tidur lambat pada waktu malam.Maaf ya, panjang berjela.
Nur Imans said…
sdri,
sy melihat kecenderungan mereka yang suka bangun lewat krn tidur lewat, selain faktor kerjaya, mungkin krn kegagalan mengurus masa di samping tidak endah akan urusan agamanya. Kembalilah kepada sistem hidup yang agama kita ajarkan..Insyallah.
Nur Imans said…
sdri,
sy melihat kecenderungan mereka yang suka bangun lewat krn tidur lewat, selain faktor kerjaya, mungkin krn kegagalan mengurus masa di samping tidak endah akan urusan agamanya. Kembalilah kepada sistem hidup yang agama kita ajarkan..Insyallah.
Mawar Safei said…
Sdr Tetamu Istimewa
saya tidak pernah menghalau pelajar saya. namun saya harap mereka pelajari sesuatu.
Mawar Safei said…
Adinda Sri Rahayu
sebagai pendidik adinda sangat memahami. terima kasih!
Mawar Safei said…
Rayyan
4 pagi! wah, luar biasa sekali jadualnya.
Mawar Safei said…
Nur Imans
ya. tetapi seperti kata Rayyan, ada juga cara punca rezekinya bertentangan dengan jadual yang lumrah. anak teman saya bekerja dengan syarikat sebelah Barat yang mengikut masa kerja di sana.
RayyanZilfi said…
Dr Mawar,
saya setuju.Ya, ada juga jadual kerja sebegitu.Saya pernah melaluinya.Pulang lewat malam.

Nur Imans, saya juga setuju.