Alhamdulillahi rabbil alamin. hadiah kali ini saya hulurkan kepada mahasiswa saya. doa saya agar mereka juga akan banyak dihadiahkan Allah dengan iman dan ilmu. sehingga dengannya mereka akan lebih bersyukur. tulisan saya yang pernah disiarkan dalam Jurnal Pemikir (jan-mac 2011), diangkat sebagai pemenang tunggal kategori kajian sastera dalam HSKU 2011. judulnya ialah Tradisi dalam Novel Remaja Sri Rahayu. dan yang manis, dalam acara malam tadi, saya duduk bersebelahan dengan novelis kajian saya itu, Cikgu Sri Rahayu Mohd Yusop. saya senang dengan susuk peribadi guru bahasa Inggeris yang mempunyai kekuatan tersendiri dalam penghasilan novel berbahasa Melayu. tahniah Cikgu Sri!

Comments

Tetamu Istimewa said…
Tahniah, Tahniah, Tahniah. Dr. atas kemenangan itu. Tak sempat dan berborak dan bergambar semalam.
Mawar Safei said…
Sdr Tetamu Istimewa @ Helmi Ahmad,
Terima kasih. Tahniah juga buat sdr. Insya Allah panjang umur kita berjumpa lagi.
wardah munirah said…
Assalamualaikum, Dr. Mawar.

Tahniah atas kejayaan ini. Semoga terus cemerlang dua dunia. Amin amin.
Mawar Safei said…
Sdr Wardah M
Terima kasih atas ucapan yang sangat saya hargai. doa yang sama buat Wardah.
CIK NEEYA said…
Tahniah Dr ! teringin juga saya ingin menjadi seperti Dr nanti :)
Tahniah Dr Mawar.

Saya merasa kecil duduk dicelah dua srikandi besar tempohari. Tersepit di tengah-tengah, saya sekadar nasihatkan diri saya supaya 'duduk dima-diam'. :p
Mawar Safei said…
Neeya
insyaAllah.
saya doakan, setulusnya.
Mawar Safei said…
Norziati
TAHNIAH sekali lagi.
saya juga mahu 'duduk diam-diam' sahaja. saya sebenarnya selalu malu dan segan bila hadir dalam acara sebegitu. Allah!
Anonymous said…
tahniah kak mawar allhamdullilah
Mawar Safei said…
Anonymous
terima kasih banyak atas ucapannya. alhamdulillahi rabbil alamin.