silakan

Saya sebenarnya kurang senang dengan konsep rumah terbuka. dan saya jarang mahu pergi. anti sosial? atau saya kurang selesa apabila datang hanya untuk bersalam, tanya khabar dan diminta makan. kemudian bersalam lagi dan pulang. maka saya tidak pernah mengadakan rumah terbuka di kediaman kami. silalah datang jika luang dan sudi. banyak ruang untuk kita lebih mengenali dan banyak perbezaan yang dapat kita fahami. siang tadi  saya menemani Zahar ke rumah teman sekerja di syarikat lama. akhirnya ia menjadi pertemuan kembali kawan-kawan sekerja. dalam diam saya bersyukur melihat suami saya bahagia kerana dapat bersalaman dengan teman-teman lamanya.  alhamdulillahi rabbil alamin.

Comments

Rahimidin Z said…
as salam, saya tidak pernah mengadakan rumah terbuka hari raya kerana rumah saya sentiasa terbuka setiap hari. boleh datang sebelum 12 tengah malam, dan apa yang ada, itulah rezeki anugerah Allah swt.
ardisia said…
saya pun tak gemar!
Mawar said…
Tuan RZ
saya hargai kunjungannya di rumah maya saya ini yang setiap masa terbuka... jazakallah khair!
Mawar said…
Ardisia
kita serupa!