Saya selalu tertanya tanya soalan yang kurang ajar ini. selain daripada Rasulullah (salawat ke atas baginda, keluarga dan sahabat), sangat mengingati umatnya di saat akhir nafas, mengapa kita harus mencintai Kekasih Allah ini. ya Allah ampuni kedunguan saya. akhir-akhir ini dalam sujud, selain berdoa Allah meredhai saya sebagai hamba-Nya, saya juga dengan rendah hati mengharap agar digolongkan dalam hamba-Nya yang memperolehi syafaat Rasulullah. lewat tazkirah subuh tadi, saya tidak dapat menahan sebak apabila cerita ustaz menumbuhkan cinta yang luar biasa dalam jiwa saya terhadap Muhammad (salawat ke atas baginda, keluarga dan sahabat).





tatkala di Mashsyar, Rasullah sangat kasihan melihat umatnya  ada yang tenggelam dalam keringat sendiri. anjuran Rasullah kepada bapa seluruh manusia, Nabi Adam agar dibahagi dosa-dosa manusia antara mereka berdua. sedang Nabi Adam tiada upaya menanggungnya. lantas Rasulullah mengibarkan panji besar  menghimpunkan seluruh umat  untuk berada di bawah syafaat baginda. ya Allah. saya tidak terkata betapa cintanya Muhammad (salawat ke atas baginda, keluarga dan sahabat) kepada kita. saya jadi begitu malu seluruh hidup kerana untuk sekian masa saya mensia-siakan rasa cinta kepada manusia agung yang selamanya mahu memastikan kesejahteraan orang lain. salawat ke atas Muhammad Rasulullah, keluarga dan sahabat baginda!


Comments

Tetamu Istimewa said…
Salam, tahniah cerpen di BH Ahad hari ni ya.
Mawar said…
Tetamu Istimewa
jazakallah khair!
ardisia said…
Dr Mawar,
Saya yang selalu lalai dari mengingati dia, berbanding dengan selalunya dia mengingati kita umatnya.Saya selalu katakan pada diri ini, mengapa saya TIDAK boleh rindu dan kasihkannya.Saya patut malu kepada makhluk lain yang amat mengasihi baginda s.a.w. Antaranya batu, pohon tamar dll. Mengimbau semula cerita ustaz tempohari membuatkan mata saya berair.Betapa sepohon kurma itu layu dan mati akhirnya.Ianya bermula daripada kisah nabi s.a.w. menolong sahabatnya Saidina Salman Al-Farisi menanam beberapa pohon kurma tetapi hanya 1 ditanam oleh Saidina Umar r.a. Pohon2 yang lain tumbuh subur kecuali sebatang pohon itu sahaja yang mati. Akibat terlalu sedih kerana tidak ditanam oleh rasulullah, pokok itu mati. Kemudian, baginda rasulullah mencabutnya dan menanamnya semula.Kemudian ianya hidup subur!
Mawar said…
Ardisia
insya Allah banyak membaca sirah Rasulullah akan membuat hati kita lembut dan ikhlas untuk mencintai baginda.

soalan saya sekarang pula ialah mengapa baginda terlalu mahu memastikan kesejahteraan kita, umatnya?

soalan ini juga buat saya menangis kerana kedunguan saya!