Ada yang meraikan sya'aban dengan berpuasa dan mula mencongak-congak bagaimana mahu menyertai ramadhan tahun ini. Allahu akhbar! Allahu akhbar! Allahu akhbar! dengan debaran, saya mencatat pengisiannya - bagaimana urusan perjalanan selama sebulan itu, setiap hari, setiap jam. pengendalian waktu, bacaan al Qur'an yang lebih rapi, solat yang harus dikelola dengan lebih tertib dan adab. begitu juga saya berbincang dengan Zahar bagaimana harus ditadbir soal pemakanan. ya Allah mudahkanlah kami menjalani bulan yang sangat dinanti-nanti. berilah kami kesihatan yang baik untuk kami meneruskan ibadah. ampunkan kami, bersihkanlah hati kami. bantulah kami. kasihanilah kami. perhatikan kami dengan redha-Mu!

Comments

Anonymous said…
Mawar,
salam ramadhan al mubarak!
Mawar said…
Anonymous
jazakallah khair!
kepada-Nya kita mohon kebaikan!