Si comel Yaya
Kuliah hanya berbaki seminggu lagi. selepas itu mahasiswa akan sibuk dengan ujian dan kemudian akan riang ria di kampung halaman masing-masing. minggu ini antara yang dibincangkan tentang harga sastera zaman ini menerusi sayembara yang dianjur. harga SN baru ditingkatkan ke RM60, 000. harga sebuah buku mengandungi 20 cerpen atau sebuah buku akademik yang jadi juara ialah RM10, 000. nilai cerpen yang menang ialah RM1000 (atau RM800). mata saya berpinar-pinar bila diberitahu hadiah besar artis mania (?) bernilai setengah juta. mahasiswa berbahas isu popular lwn serius. saya rasa mahu pitam! mahu pengsan seperti baru menjamah biskut Yaya.

Comments

ardisia said…
Dr Mawar!
jangan pengsan dulu!Belanjalah saya makan biskut, selepas itu bolehlah kalau nak pengsan sekejap pun!hahaha...
Mawar said…
Ardisia
hahaha, yuk datang bangi!
hasni hanna said…
Salam Manis, Dr. Mawar...

Wah, berseri-seri gambar profil terbaharu itu. :)

Terima kasih Dr, menampal artikel penuh tentang diri saya yang tersiar dalam majalah Tunas CIpta Mei di papan kenyataan di lorong PPBKKM itu. Alhamdulillah, terima kasih mendidik dan menghargai hasil karya saya hingga tahap itu. Syukur.

Alhamdulillah, pertama kali 20 Mei 2012, sajak saya lepas dan tersiar di Mingguan Malaysia. Azam yang tercapai. Judulnya Benih Santun.

Mahu berusaha lagi untuk menulis dan mehghasilkan karya-karya berkualiti isinya.

Terima kasih Dr.Mawar atas segala keindahan ini.

(Realitinya, dunia penulisan tanah air mungkin masih jauh untuk menghargai karya-karya penulis berbanding karya-karya penghibur)

Oh, Yaya dan biskutnya! :)
Mawar said…
Salam manis Hasni @ Hanna,
alhamdulillahi rabbil alamin.
saya menumpang bahagia kejayaan demi kejayaanmu ini. terus menulis yang lebih baik!

saya ingat catatan autograf guru saya (dulu, asal tinggalkan sekolah, mesti minta tanda tangan dan autograf cikgu, sayang, buku comel itu entah di mana!), nasihatnya, bila renung bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi.

ingatan yang sama buat Hasni!
hasni hanna said…
InsyaAllah, terima kasih atas ingatan yang baik ini. :)
misnona said…
ITU SEBAB ANAK MUDA KITA TERINGIN, DAN ANEHNYA IBU BAPA PUN GALAKKAN ANAK AGAR MENJADI WARGA MAZHAB SELEBRITI YANG DIPELOPORI OLEH PENGANJUR ACARA, WARTAWAN HIBURAN MUSLIM DAN SEMUA PENGANUT ALIRAN INI. SASTERA DARI DULU HANYA BARANG MURAHAN, DIJUAL DI PASAR KARAT, BUKU SASTERA UNTUK KELOMPOK KECIL TERTENTU, IA BERBEZA SAMA SEKALI DENGAN DUNIA DALAM ALIRAN MAZHAB SELEBRITI KITA.
Mawar said…
Misnona,
terima kasih atas perhatian.
ya, ia sangat menakutkan!