Dalam bersunyi, saya melihat banyak sisi saya diasuh bonda dengan didikan yang halus. tentang hal-hal kecil. saya diasuh bonda untuk memohon maaf ketika bersin atau batuk. menadah tapak tangan ketika makan biskut agar jangan sisanya bertabur. meletak pinggan di meja tanpa bunyi yang menyakitkan hati. elak mata ke pinggan kawan yang baru menyenduk makanan. saya berterima kasih diasuh bonda untuk selalu tahu mengukur baju di badan sendiri. selalu tahu membawa diri. selalu sedar di mana kita berada dan selayaknya bagaimana kita harus mewakili peribadi. saya malu berada pada tempat yang tidak seharusnya saya berdiri. dan asuhan itu masih panjang senarainya dalam ingatan. saya pulang ke riba bonda hujung minggu ini. konon mahu merai hari ibu, yang rupanya minggu hadapan! ah, yang penting tangan tuanya dapat dikucup dan saya dapat memohon ampun!

Comments

Ummu Madihah said…
Salam. Betapa beruntungnya Dr. yang masih mampu mengucup tangan ibu. Saya hanya mampu mendoakan kesejahteraannya dan semoga rohnya sentiasa beroleh rahmat daripada-Nya! Amin!!
ardisia said…
Alhamdulillah!
Dr Mawar, saya rasa amat bersyukur kerana masih lagi mempunyai seorang ibu lagi.ya, ibu yang membela saya sejak saya masih lagi bayi.kebetulan, hujung minggu ini juga,saya akan pulang ke kampung halaman ibu.semoga kita semua selamat dalam perjalanan.doa saya sentiasa titipkan untuk para ibu walau di mana jua mereka berada dan juga yang telah pergi meninggalkan kita.
Salam Dr Mawar,
Tumpang senyum bahagia membaca catatan kisah Mawar bersama ibu.
Ajaran, didikan dan asuhan ibu manis penuh bermakna bila dikenang tatkala usia makin memanjat hari.
Cik Matahariku said…
saya tertawan dengan susunan ayat dan bahasa yang digunakan, sangat indah, lembut dan berhati-hati...akhirnya menyentuh sanubari..teruskan berkarya:)-
Mawar said…
Ummu Madihah
alhamdulillahi rabbil alamin.
doa saya untuk almarhum bondamu...
Mawar said…
Ardisia
alhamdulillahi rabbil alamin!
mahu berjumpa di pbkl lepas, tidak ada rezeki :-( semoga ada kesempatan lagi....
Mawar said…
Lily, sahabat saya yang baik,
ya, selalu sebak saat mengenang....
Mawar said…
Cik Matahariku
terima kasih.
asuhan ibu juga untuk saya berbahasa dengan baik....
Fathul Khair said…
Assalamualaikum, Dr.

Sebuah bingkisan yang sangat menarik. Teringat kenangan bersama ibu di rumah.

Tambahan untuk Dr.
Saya ada kirimkan sebuah karya pada emel Dr. untuk ulasan agar boleh dibuat penambahbaikan.

Terima kasih, Dr.
Mawar said…
Waalaikumussalam sdr Fathul,
terima kasih, akan saya baca.
ardisia said…
Insya Allah kita akan berjumpa di lain masa.Fizikal dan mental saya pada waktu itu agak terganggu.Alhamdulillah, ianya tidak lama asalkan tidak berterusan melayan apa jua bentuk negatif yang menerpa.
Mawar said…
Ardisia
saya doakan semuanya sejahtera!
ardisia said…
Dr Mawar,
terima kasih.