Bagaimana cara saudara menghulurkan kad nama? menggunakan satu tangan? adakah ia diiringi keikhlasan dan ia mewakili peribadi saudara? saya belajar cara menyua kad nama yang tulus dari seorang teman di Guanzhou. hulur dengan kedua-dua tangan dan kedudukannya menghadap si penerima. hulur ia sebagai hadiah seikhlas persahabatan yang mahu dijalin. xie xie nie, Masq.




Comments

Seringkali berpeluang beretmu pelanggan, saya belajar memerhati cara mereka menghulurkan kad dan saya sedar rupanya ada etika tersendiri.

Saya setuju dengan Dr Mawar. Memberi dan menerima menggunakan dua tangan kelihatan sangat sopan :)
Mawar said…
Norziati yang baik

ya, lebih terhormat.
Manan Qayyim said…
baru tahu... mcm tu caranya...

Manan Qayyim
Mawar said…
Sdr Manan
atau ada kaedah yang lebih baik?
Akmar said…
saya masih ingat bagaimana Dr Mawar memberikan kadnya kepada saya

menggunakan kedua belah tangan dan sangat sopan

hehe..(n_n)
Mawar said…
Akmar
cuba buat apa yang dikata...insya Allah.