Saya tahu, ini bukan masa yang sesuai. saya seharusnya tidak berada di ruang ini pada hujung minggu, semalam. tapi rasanya inilah penanda aras yang saya berada di bawah tekanan dan perlukan terapi. ya, sebaik bersarapan, saya terus membuka buku resepi, mencari karung tepung, gula perang, marjerin, vanilla dan mencari semula baki bijirin campuran strawberi sarapan Zahar. ya, sekejap sahaja biskut yang saya sapukan sedikit cokelat di permukaannya untuk tambahan rasa, sudah keluar dari ketuhar dengan  bahang yang meliar. saya dapat melihat tekanan dan kebimbangan saya turut berterbangan. namun sekejap itu saya mencari-cari siapa pula yang boleh membersihkan dapur saya yang sudah berserakan! 

Comments

JBSKMKJ said…
wah, terapi melalui masakan...kalaulah saya juga pandai memasak biskut bersalut cokelat dan bijirin strawberi!

p/s: Siapalah yang baik hati membantu membersihkan dapur...perlu agen penyiasat? :)
Mawar said…
Sdr Nai
isunya bukan pandai memasak. silalah, masak apa sahaja. namun tidak semua melihatnya sebagai terapi, mungkin sebaliknya petaka!

haha, ia dibersihkan juga akhirya.