Untuk sekian lama saya jarang sempat menonton televisyen. namun mengambil cuti tambahan dengan menyambung cuti hujung minggu, saya dapat duduk lama untuk menonton drama. ya, semalam saya menangis sungguh-sungguh membaca kisah anak-anak gelandangan Kuala Lumpur menerusi drama Pelarian arahan Azma Aizal Yusoof. kisah tiga beradik yang cuba mencari ibu, akhirnya terperangkap dalam derita anak-anak terbiar di kota besar yang menjadi pengemis dan barang dagangan. Allahu akhbar. saya teringatkan anak saya. bersyukur semahu-mahunya, malam ini dia bersama kami di rumah yang selamat. Allahu akhbar, saya jadi malu apabila mabuk dengan masalah kerja saya yang kecil, sedangkan anak-anak yang entah bagaimana wajah kehidupan mereka esok pagi. ya Allah, apa yang mahu saya keluhkan dengan masalah saya berbanding mereka....

9 comments:
Alhamdulillah!
Saya juga bersyukur, masakan tidak! Arwah mak saya pernah bergelandangan! Allah selamatkan saya dengan menghantarkan saya ke sebuah keluarga yang mulia itu.Al-Fatihah untuk ibu saya dan semua ibu-bapa,sahabat handai, guru-guru dan seluruh muslimin dam muslimat.Adoi!Sedihla pula hati ini.
Dr Mawar.
Selamat ulangtahun yang ke-14! Semoga dirahmati selalu di akhirat dan dunia.
Ardisia
Allahu akhbar!
Rahmat untuk mereka atas segala kebaikan.
Ardisia
terima kasih atas ucapan manisnya. hahaha!
insyaAllah awet muda walaupun Dr Mawar sudah masuk kategori yang sama dengan saya-remaja PURBA!hahaha!
...air mata yg mengalir dari seseorang yg bergelar ibu tentu menggambarkan kasih sayang dan kebimbangan. Apatah lagi apabila kita mempunyai anak-anak dan memikirkan masa depan mereka. Empati dan simpati Dr. Mawar dapat saya fahami walaupun sekadar dari tontonan filem.
Ardisia
remaja purba... ouch!
Cikgu Nai
semoga Allah memelihara anak-anak kita.
Allah maha adil dan bijak sana walau hanya seorang anak pengemis namun masih bisa makan dan minum bahkan sangat strong dan selalu happy ,small
Post a Comment