Bermula semester kedua dan kuliah pertama saya untuk kursus Cerpen Melayu SKMM1043. kali ini ada beberapa pelajar yang mendaftar untuk kertas pilihan bebas. saya tidak pasti mengapa mereka memilih kursus ini. telahan saya yang liar, ia hanya untuk melengkapkan unit. selepas saya menghuraikan peratus penilaian dan projek kursus yang harus dilalui, dua daripada mereka mahu tarik diri, saya bertanya, dan mereka menjawab, ia kerana masalah jadual waktu. saya sedikit meragui. maaf. atau adakah kerja membaca/mengulas cerpen mingguan dan projek menghasilkan video dokumentari tokoh cerpen Melayu itu terlalu membebankan. oh, saya fikir saya sudah cukup membuat mahasiswa teruja untuk semua projek tugasan setiap kali mereka mendaftar kursus saya! mana tidaknya, kali ini mereka harus bereksperimen dengan kamera, perakam video, kerja suntingan dan menghasilkan sebuah iklan sastera.  mungkin saja ia telahan saya untuk sekian kali. kasihannya saya!



Comments

JBSKMKJ said…
pada pandangan saya, apa-apa jua yang susah, kalau dah minat, pasti akan diusahakan. Rugi mereka tidak hadir kelas Dr. Mawar. Namun, mereka sudah besar dan tidak boleh dipaksa-paksa.

Saya pula, rasa cukup gembira kerana diberi peluang untuk hadiri kelas Dr. Mawar pada sem lepas. Cukuplah saya katakan, Dr. Mawar bukan sebarang Dr!
Mawar said…
Cikgu Nai
alhamdulillahi rabbil alamin.
saya sentiasa mahu cuba lakukan yang terbaik untuk pelajar-pelajar saya, walau dicelahi banyak kekangan.