Ya Allah, cepatnya masa berlalu dan saya sudah kembali ke ruang istimewa lagi di hujung minggu ini. mahu menyediakan salad menggunakan mangkuk yang baru dihadiahkan Zahar. mangkuk salad kuning. ya, kuning ialah warna tema ruang terapi saya ini. saat menyediakan bahan, saya teringat penawar yang semakin saya percaya diajukan al Quran iaitu solat dan sabar. memang menyediakan salad sangat memerlukan kesabaran kerana bahan-bahan asas yang pelbagai perlu dirapikan lebih awal. dan saya lihat ia persis menggauli sifat manusia yang sukar ditebak. antara cuba memahami dengan lapisan keliru dan tidak jarang untuk membuat saya harus menduga-duga. oh, sudah sampai masanya saya memerah sedikit lemon dalam bahan-bahan yang sedia ditambah mayonis, mustard dan taburan serbuk lada hitam! ah, sabarkah saya?



Comments

Nai Abu said…
Dr ada bakat memasak yg kreatif. Boleh jadi peserta masterchef. Selepas doktor gigi..mungkin giliran Dr. Mawar pula..hehe (gurau saja)
Mawar said…
Sdr Nai
terima kasih. di dapur, saya seperti surirumah yang lain juga...