Saya sempat bersalaman dengan perempuan tulus ini. ya, dalam sebuah persidangan universiti. saya sangat teruja bila tahu dia dari jabatan psikiatri dan dia pula nampak gembira bila tahu latar bidang saya. lebih teruja rupanya kampung asalnya berjiran dengan kampung mertua saya. kami berjanji untuk saling menghubungi. o Allah, ternyata kami berhubung lewat petang semalam menerusi perkhabaran di laman universiti. perempuan itu sudah jauh meninggalkan saya!  o Allah, al fatehah dan doa panjang saya buat almarhum Prof Madya Dr Ruzanna Zamzam, pensyarah dan pakar perubatan (psikiatri) dari jabatan psikiatri, PPUKM. tiba-tiba sahaja saya teringat bait lama ini ne me quitte pas... il faut oublier tout peut s'oublier qui s'enfuit deja oublier le temps des malentendus. sengsaranya apabila ditinggalkan...



Comments

Anonymous said…
Salam Dr.,

Dr Ruzanna sakit apa? Moga roh beliau dicucuri rahmat.

HAKIM
Mawar said…
Sdr Hakim
saya menelefon pejabat am jabatan psikiatri siang tadi. menurut pihak mereka arwah menghidapi barah setahun lalu dan menjalani kemo. arwah dimasukkan ke wad khamis lepas dan meninggal dunia isnin. begitulah perjalanan yang Allah lorongkan untuk arwah. semoga perjalanan abadinya aman dan sejahtera.