Saya mula membenci frasa ini, pelajar adalah pelanggan. dan saya tidak perlu meminta maaf untuk kenyataan itu. saya melihat ilmu semakin dicabar apabila adab berguru kian dinafikan dalam mandala pendidikan hari ini. dahulu, saya sangat diberitahu adab apabila berhadapan dengan guru. hormat dan beralas dalam percakapan mahupun gerak hati. aduhai, sejak pulang dari kembara spiritual, hajat untuk berguru dalam bacaan al Quran belum tercapai. dan pastinya saya mahu memberitahu bakal tok guru saya, kami yang akan ke rumah tok guru. dan bukan tok guru datang ke pondok kecil kami. saya fikir itu adab berguru yang asas sekali! ilmu dan berguru bukan kerja jual beli, bukan komoditi. foto ini dari rancangan kanak-kanak yang saya cukup suka. saya senang dengan watak guru ini, Cikgu Jasmin di Tadika Mesra.

4 comments:
Setuju Dr.
Ilmu perlu dipelajari. Bukan diajari.
Guru perlu dihormati, bukan mengikut telunjuk murid. Dan pelajar bukan pelanggan, mereka adalah pencari ilmu.
GURU umpama pelita yang menerangi kegelapan...adanya guru kerana ada muridnya.
ikhlas dalam menyampaikan ilmu walau dalam apa cara sekalipun.
sanggup berkorban apa sahaja demi melihat muridnya berjaya.
Andai muridnya lebih menghargai, guru tersenyum puas di dalam hati.
(sekadar pandangan saya, seorang guru kecil dari kampung)
Sdr Faizal
terima kasih!
Cikgu Nai
terus menjadi guru yang dihormati.
Post a Comment