Orang tua kata, merajuk pada yang sudi memujuk. ya, bagus sekali jika ada yang mahu mengamankan rasa kecil hati kita. Alif Matiin pernah ditinggalkan merajuk beberapa jam. dan saya pernah menjadi tukang pujuk.  bagaimana pula kalau mummy Alif Matiin pula yang merajuk? alahai, ada yang ketawa nanti, rajuk orang tua, rupanya buruk sekali! pernah  si Mohican itu cuba memujuk bila saya jadi angin taufan. katanya,  mummy jangan merajuk, jangan menangis, mummy sudah besar, mummy bersyukurlah. anakku! saya teringat surah al furqaan: 74 dan mahu berdoa agar Allah kurniakan anak dan keluarga yang menyenangkan hati...foto ini dari taman kecil di bahagian dapur rumah. sesekali saya menyembunyikan diri di sini, menjadi tempat membawa rajuk, kononnya....

Comments

Nai Abu said…
Salam untuk Dr. Mawar.

mandi di kali airnya sejuk,
ikan di joran berenang-renang;
usah dibiar hati yang rajuk,
baca Al Quran jiwakan tenang.

Alif Matiin bermain buaian,
ibu di dapur buat sarapan;
tiap teguran juga pujian,
jadi pedoman lestari kehidupan.
syakilla said…
ruangan yg cukup comel dan menyenangkan..sesuai untuk pujuk hati yg sedang merajuk..pasti comel muka Dr mawar kalau merajuk..hikhik :)
Mawar said…
Syakilla
merajuk orang tua, hodoh rupanya.
Mawar said…
Sdr Nai,
perlu dibalas pantun ini?