Menumpang kebahagiaan orang lain, saya berasa sangat-sangat bersyukur dan mahu bersujud terus. TAHNIAH untuk kedua-dua senior di fakulti, Prof Dr Idris Aman dan Prof Dr Ekhwan Toriman yang dinaik pangkat ke profesor penuh. TAHNIAH juga kepada sahabat lama, Dr Shahidi A Hamid dan pilihan hatinya,  Rawani Abu Bakar, pernah bergelar mahasiswa saya. Selamat Pengantin Baru. saya jarang mahu hadir dalam majlis perkahwinan, tapi kali ini, akan pergi kerana sudah lama tidak mendengar kompang pengantin yang membuat saya berdebar-debar... Dan sekiranya kamu membilang nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang (an nahl: 18).

Comments

congratulation for prof. Dr.IdrisAman And Prof.Dr.Ekhan Toriman atas dinaikan pangkatnya ke PROFESOR.buat manten baru Dr.Sohidi selamat menempuh hidupp baru