Ini yang saya bisikkan ke telinganya saat kami berdakapan erat, semoga terus dirahmati. terus merah, terus bersemangat. kerana saya mahu menumpang semangat itu. ya, saya sudah sekian lama tidak meraikan tahun baru masihi (meraikan beriya-iya maal hijrah dan kebetulan hari lahir saya mengikut takwim hijrah). 1 januari sering diraikan dalam keluarga kecil kami sebagai hari lahir insan istimewa iaitu nenda saya. tahun 2012, nenek berusia lapan puluh. ya, memang saya masih punya nenek yang berusia itu dan masih sihat. alhamdulillah. meraikan tarikh khusus itu bermakna ia perhimpunan ahli keluarga. semua bertukar salam dan rindu. ia ternyata selalu menyimpan kenangan yang manis sekali. 


mengapa merah dalam ucapan selamat saya buat nenek? itu warna kesukaannya. dan saya tahu ia warna yang memberi kuasa luar biasa. sebelum berpisah lewat malam itu, saya mendakap nenek lagi seraya mengucapkan, hingga jumpa lagi dan salam kasih sayang saya. sewaktu menyeberangi tambak johor meninggalkan pulau temasek tanah tumpah darah saya, ayat ini bersipongang. ia ucapan yang tidak terdengarkan di hadapan nenek. perempuan pikun itu adalah harta yang sangat berharga yang masih saya punya. saya iringi lagi doa yang panjang buat nenek tercinta. saya pohonkan syurga buatnya.

Comments

Anonymous said…
Salam,

Zaman silam akan selalu menggamit salam, membawa kita tenggelam di dalam kenangan paling dalam. Dan bagaimanakah kelak kalau semua itu terlupakan, setelah meningkat usia, apalagi setelah meninggalkan dunia?

Pernahkah membaca cerita Tujuh Anak Australia di majalah Dewan Pelajar sekitar akhir 70-an? Itu adalah cerita terjemahan oleh Ali Majod(?) atau Pak Samad Ahmad (atau orang lain, saya tidak ingat). Setelah tiga puluh tahun, saya baru dapat menemukan bukunya yang asli di Gutenberg Project, Seven Little Australians, sebuah karangan Ethel Turner. Saya bersyukur diberi izin menemuinya setelah merindui mereka bertahun-tahun lama.

Bagaimana pula tentang manusia dan perkara yang sudah terlupakan oleh kita?

Salam,
Encik Anon
Nai Abu said…
Saya sering terfikir tentang persahabatan dan kasih sayang. Mengapa manusia sering dibeza-bezakan sedangkan Allah hanya melihat takwa dan iman kita. Bagaimana mahu meraih persahabatan dan kasih sayang jika manusia masih lagi menilai paras rupa dan harta?
Mawar said…
Encik Anon,
terima kasih kerana singgah. Ya, banyak kenangan yang selalu mengajak kita pulang kepadanya. Saya sering juga ditempelak kerana dikatakan mabuk dengan nostalgia. Tapi saya sendiri merasakan ia mengasuh kita menjadi pengasih, menghargai, bersyukur dengan apa yang kita punya dan apa yang kita pernah miliki. Ia matapelajaran yang luar biasa. Saya akan cari kisah anak Australia; ada juga nostalgia saya di benua selatan itu...
Mawar said…
Nai,
kasihan dan malang siapa yang ada prasangka begitu :-(
ardisia said…
nenda Mawar seusia dengan ayah saya.saya teka Dr Mawar merupakan anak sulung,saya ini anak yang corot-corot.dia masih boleh memandu 2 jam tanpa henti.saya masih ingat lagi akan cerita-ceritanya semasa dibesarkan di Singapura.tinggal bersama ayah angkat Punjabi Islam.saya andaikan Dr Mawar sebagai inspektor polis sekejap."Inspektor sahab!mera naam ...t, teraa naam?".hehe..
Mawar said…
Ardisia
saya anak tunggal.
saya jadi inspektor polis? semasa kecil, saya pernah bercita-cita menjadi penyiasat...
ardisia said…
saya memang bercita-cita nak jadi inspektor sahab!selalu sahaja terkesan dengan mimpi-mimpi dikejar penjahat di atas bumbung bangunan.rasa takutlah pula,oleh kerana itulah, impian hanya tinggal kenangan.Hmm..anak tunggal.teringat seorang teman sekelas dahulu,semasa induksi/orientasi dia dengan yakinnya menyatakan begini:"saya merupakan anak pertama dari seorang adik-beradik!"adoi!