Ini adalah biskut kegemaran bonda. saya juga akhirnya turut minat. jarang mendapatinya dari mana-mana kedai, apabila terserempak, biasanya saya akan membeli dalam bilangan yang banyak. ia bukan sahaja mempunyai rasa yang istimewa, saya dapati ia sangat membantu saat saya diserang sakit kepala. ya, saya mudah sakit kepala. gabungan biskut halia dan air halia/teh halia  panas akan cepat meredakan, alhamdulillahi rabbil alamin. atau selain membeli dari kedai, saya mahu  cuba menyediakannya dari dapur sendiri.  ya saya akan cuba apabila sakit kepala ini kembali  reda...

Comments

assalammualaikum...Dr Mawar,,saya norhazwani ab rahman...maaf saya terlewat beri link blog saya.... ini link blog saya http://hazwanirahman.blogspot.com/
Rositah Ibrahim said…
Sakit kepala...hmm...saya juga mudah diserang sakit kepala...
Nai Abu said…
Wah, saya pun teringin mahu mencuba...di kedai mana? Saya pun mahu mencuba petua istimewa menghilang sakit kepala terutama semasa musim "exam" ini.
Mawar said…
Norhazwani
saya maklum dan terima kasih.
Mawar said…
Itah
aduhai, senasibnya kita dalam banyak hal. cubalah sumber dari halia ini. orang kata, sakit kepala akan hilang bila angin keluar. kroniknya saya, akan sampai muntah (maaf).

ps: saya sudah jumpa pengisar sari buah yang ok :-)
Mawar said…
Nai,
ouch, sakit kepala juga?! :-(
syakilla said…
assalammualaikum...Dr Mawar..semoga sihat kehendak-Nya..pertama kali saya mendengar biskut halia..balik kelantan nanti akan cuba mendapatkannya..ataupun Dr boleh bagi resepi membuatnya..hehe :)
Mawar said…
waalaikumussalam
Syakilla,
ya boleh cuba resepinya. klik pada caption foto. selamat mencuba!