Rindunya saya pada lorong dari al Haram menuju ke dataran Masjid Rasulullah ini. saat angin dingin mengepung dan kemudian membawa kami, jemaah wanita melalui keanehan demi keanehan tatkala melangkah ke ruang pemeriksaan di lawang-lawang utama. kami tidak dibenarkan (tidak berlaku  pada jemaah lelaki!) membawa masuk telefon tangan berkamera, apatah
lagi kamera. begitu juga pen tidak dibenarkan sama sekali. ya, saya hanya mencatat kenangan dalam masjid ini melalui ingatan. biasanya tiba di kamar hotel saya akan menulis cepat apa-apa yang mengesankan berlaku sewaktu di masjid, sebelum semuanya hilang dilarikan angin keras. saya menulis dalam sebuah jurnal yang cantik...



Comments

Nai Abu said…
hebat juga Dr mengguna minda melakar semula detik peristiwa yang berlaku...walau dihalang walau dikekang. Moga saya juga dapat ke sana nanti..indah di mata indah di hati..
Mawar said…
Nai,
apa kabar? semoga sihat dan sihat. alhamdulillah, ingatan tua saya masih berfungsi dengan baik. insya Allah, saya doakan Nai menjadi tetamu-Nya. amin.
Saya rasa tak puas hati dan berat sebelah. Jadi saya seludup kamera dan telefon bimbit dalam beg. Balut dengan tuala kecil.

Dalam masjid, saya berdoa agar Allah memaafkan dosa saya kerana menyeludup 'barang larangan'. Peliknya, saya tak guna langsung meskipun punya ruang. Kemudiannya saya fikir, tak payah bawa lebih aman kepala. Tak perlu takut dengan pengawal atau dengan Tuhan :-)
Mawar said…
Norziati,
haha, saya pernah juga menyeludup. ya, memang hati tidak tenang. kemudian saya gunakan "telefon telepati". ternyata ia menjadi!

ps: saya belum dapat kewajaran mengapa jemaah wanita tidak dibenarkan membawa masuk ...
Ummi said…
Ya, saya juga masih belum mengerti & menemui justifikasi untuk larangan ini, saya juga keliru adakah ianya larangan membawa kamera atau larangan mengambil gambar? Tetapi kenapa hanya terpakai untuk muslimat? Inilah peraturan manusia, jauh berbeza dgn peraturan Allah yg adil, saksama & memberi maslahat kepada umum. Sesungguhnya Dia Maha Adil dan Maha Mengetahui.
Mawar said…
Ummiku
Allah yang Maha Adil dan Maha Mengetahui, sesungguhnya!