Kononnya saya menasihatkan seorang sahabat yang menerima pujian dan kemudian kejian. kami menemui kata-kata yang indah ini, tidak bertambah kerana pujian atau berkurang kerana kejian. apabila dipuji, seharusnya diucapkan, alhamdulillahi rabbil alamin, cukuplah Allah yang menilai, tiada yang lebih berhak selain Dia. dan  keikhlasan tidak akan menganjakan sedikitpun amalan baik, bahkan ia terus tumbuh. saya fikir, ia bukan nasihat, tetapi ingatan untuk diri saya sendiri.


foto ini saya rakam dari kamar hotel di melaka, dalam satu jadual kerja bulan sudah.

Comments

CIK NEEYA said…
salam dr.. selamat menyambut tahun baru 2012..
Mawar said…
Neeya
terima kasih. semoga tahun mendatang memberikan lebih banyak kejayaan!
Nai Abu said…
Indah kehidupan kerana kita mampu menyorok segala kedukaan dengan senyuman. Terima kasih atas sokongan.
Mawar said…
Nai,
sabar dan solat juga - ia pengubat banyak kesengsaraan jiwa kita.