Cerpen "Benarlah Kata Angin Itu, dan Saya Meneruskan Perjalanan" mewacanakan hakikat kesementaraan dan keabadian dengan menyelami jiwa individu yang berasakan dirinya "majal" kerana menjadi penyebab kematian orang yang akrab dengannya. dalam dirinya berlaku gejolak fikiran kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa ajal pasti datang. dia mengalami trauma apabial menziarahi orang sakit, kerana pada setiap kali menziarahi orang sakit, dia menerima khabar kematian orang yang dikunjungi itu selepas dia pulang. dia merasakan seoah-olah dialah penyebab kematian itu. dengan mendalami al quran kecamuk jiwanya menjadi tenteram dan dia menerima suratan takdir.

penggunaan lambang adalah sinkronik dengan subjek dan makna dalamannya. imej rumah pusaka sebagai tempat kelahiran dan pewaris terakhirnya yang kesepian melambangkan hakikat ketersendirian manusia pada penghujung perjalanan hidup. rumah asal yang menyaksikan pelbagai peristiwa merupakan refleksi terhadap kitaran hidup manusia takah demi takah sehingga akhir perjalanannya. sudut merupakan sesuatu yang terasing dan tidak diberi perhatian tetapi dalam cerpen ini sudut diberi nilai maknawi yang bersifat rohaniah yakni mewakili juzuk kecil yang menjadi saksi kematian. selajur angin yang membawa khabar kematian pula ialah peringatan tentang makna kehidupan dan hakikat kematian yang bakal datang, penggunaan lambang yang personal ini ternyata fungsional dan sugestif bagi menjelaskan hakikat kehidupan dan akhirannya.


ketertiban bahasanya dari segi nahu dan manipulasi frasa dan ayat yang berlanggam kiasan, memisahkan wacana ini daripada bahasa kolokial. demikian juga kesan dihidupkan oleh penggemblengan bahasa yang lunak berkias dalam diksi dan frasanya, secara pragmatik manipulasi bahasa dan gambaran imej-imej yang misterius menimbulkan kesan keanehan samar dan spekulatif. terasa ada kesuraman di dalam rumah yang dihuni aura kematian dengan pemakaian bahasa yang juga mempamerkan imej suram. demikian juga kesan yang ditimbulkan oleh penggunaan sudut pandangannya mencirikan kesuraman suasana. teknik penukangan naratif yang sinkronik itu akhirnya membentuk sebuah wacana yang padu dan artisitik ~ ulasan panel Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil 2010 dalam Res Judicata ~

Comments

aras nura said…
Tahniah Dr. Cerpen yang aman :)
Nai Abu said…
Saya sering berpendapat sesuatu yang maujud lebih mudah untuk dibuat perbandingan dari segi keunikan, keindahan dan keanggunannya. Tetapi sekali lagi saya dikejutkan dengan kehebatan dan kehalusan seni dalam ulasan karya pemenang yang dipaparkan. Terkesima!
Mawar said…
Aras Nura
alhamdulillah dan terima kasih. saya singgah di "rumah" sdr.
Mawar said…
Nai,
saya pun terkesima dengan catatan sdr ini. masya Allah.
ardisia said…
terkesan.suka dengan cerpen ini.
Mawar said…
Ardisia
alhamdulillahi rabbil alamin. terima kasih.