Dengan rendah hati, saya mohon ampun setulusnya atas tutur kata yang meluka, tingkah yang salah atau lintasan hati yang penuh curiga terhadap saudara selama ini. melepasi sejam tengah malam 15 oktober, Zahar dan saya akan ke Tanah Haram dengan memasuki Mekah terlebih dahulu. kembara spiritual ini sangat panjang dan pasti banyak yang akan mengasuh jiwa rusuh kami.  atas nama persahabatan dan persaudaraan, sudi doakan kami dilindungi, dikasihani, diperhatikan-Nya, setiap detik. mudah-mudahan ibadah kami diterima dengan seluruh pengampunan. mudah-mudahan ia mabrur. mudah-mudahan diperoleh pulangan yang terbaik daripada-Nya. semoga kita bertemu semula awal muharam  nanti. ya, panjang umur, kita bersalaman lagi. dan ini bukan ucap selamat tinggal...


Comments

Kanda Mawar
Selamat berangkat, moga selamat pergi dan selamat kembali, dan mengecap nikmatnya musim haji!
Maheram Ahmad said…
Dr. Mawar
Selamat berangkat ke Tanah Suci. Semoga perjalanan pergi dan balik dirahmati dan dilindungi.Moga haji mabrur menjadi rezeki. Insyaallah...
Nai Abu said…
Doa setulus hati untuk Dr. Mawar. Urusan dipermudahkan. Tabah, ikhlas dan sentiasa berlapang dada.

Selamat berangkat ke Mekah menjadi tetamu Allah.
Dr Mawar,
Indahnya saat berada dekat dengan Tuhan, kerdil dan kecil. Saat dimana diri seperti butiran pasir di gurun yang luas.

Semoga selamat perjalanan pergi-pulang.
ardisia said…
Salam Dr Mawar,
semoga selamat pergi dan kembali semula ke Malaysia.doakan saya jadi jutawan beriman ya,hehehe..
Mawar said…
Dinda Kay
terima kasih banyak. insya Allah akan menikmati setiap satunya.
akuHans said…
Selamat menjalani ibadah haji Dr Mawar. Moga Dr dan sumai memperoleh haji mabrur dan selamat pergi dan selamat kembali.. Moga-moga dipermudahkan segala urusan hendak-Nya..insyaAllah.. :)
Teh Zakaria said…
salam

saya doakan Dr. Mawar selamat menjalani ibadat Haji nanti. doakanlah kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia
Akmar said…
Dr Mawar
Selamat berangkat ke Tanah Suci
Semoga urusan dipermudahkanNya.Insya Allah.
dari:anak didikmu.
Anonymous said…
Salam Dr. Mawar,

Saya juga ingin mengucapkan selamat berangkat menjadi tetamu Allah.
Semoga aman dalam perjalanan dan diberi kesihatan yang baik untuk
melaksanakan ibadat.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat ganjaran haji mabrur.
Mawar said…
Dr Maheram,
insya Allah. amin ya rabbal alamin.
terima kasih banyak.
Mawar said…
Nai,
Allahu akhbar! terima kasih banyak atas ingatan dan doanya.
Mawar said…
Norziati,
ya, itulah perasaan saya sekarang. dalam bauran seribu rasa, saya sangat kecil...
Mawar said…
Ardisia
terima kasih banyak atas ingatannya.
insya Allah, saya catatkan doa itu dalam buku kecil yang akan saya bawa bersama.
Mawar said…
Hans
terima kasih atas ingatan yang berpanjangan. amin!
Mitsuo said…
Salam Dr. Mawar,

Selamat berangkat ke Tanah Suci. Mudah-mudahan, segala-galanya dipermudahkan-Nya.
Ummi said…
Salam Dr. Mawar,
Tahniah, moga haji mabrur menjadi milikmu. pasti saya merindui tulisan Dr. Mawar sepanjang kembara ke Tanah Haram.

Nota: saya pembaca senyap blog Dr. Mawar dari catatan pertama. Salam persahabatan.(Arshidah)
rai~ana~salha.. said…
Dr. Mawar..
selamat berangkat..
insyaAllah dipermudahkan segalanya...
:)
kami tunggu kepulangan Dr. ya!
Mawar said…
Teh
terima kasih banyak. insya Allah doa saya buat semua.
Mawar said…
Akmar
terima kasih banyak, insya Allah itu yang saya doa dan harapkan.
Mawar said…
Anonymous,
terima kasih banyak atas doanya. insya Allah, semoga dikabulkan-Nya. amin.
Mawar said…
Mitsuo @ K Anuar
terima kasih kerana mengambil kursus saya. terima kasih banyak atas doa dan ingatan. semoga kita berjumpa lagi.
Mawar said…
Ummi
terima kasih banyak kerana mengikuti blog saya.

terima kasih banyak juga mendoakan saya dari jauh. saya pernah membayangkan, alangkah indahnya saat berdoa untuk seseorang yang sama sekali tidak pernah menyangka bahawa ada yang mendoakannya.

salam persahabatan buat Ummi.
Mawar said…
Rai
terima kasih banyak. insya Allah segalanya dipermudahkan. sehingga kita berjumpa lagi!
erma said…
Assalammualaikum Dr Mawar

Selamat berangkat ke Tanah Suci. dan menjadi tetamu Allah.. Moga dr mawar dan zahar dipermudah segala urusan, mendapat haji yg mabrur dirahmati, diberkati dan dilindungi dari segala keburukan dan diberi kebaikan. Sihat menjalani ibadah.. Selamat pergi dan kembali ketanah air dengan selamat. Doakan utk kak ju dan sicantik jg...InsyaAllah selamat semuanya... Kak Ju & sicantik. wassalam...
ma... said…
Assalammualaikum Dr Mawar

Selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah. Moga dipermudahkan segala urusan. Diberi kebaikan dan dijauh segala keburukan. Moga dapat Haji yg mabrur. Dirahmati dan diberkatiNya. Moga dr dan zahar sentiasa dalam lindungan Allah swt. InsyaAllah.
Gurindam Jiwa said…
Saya dan isteri dan anak² mendo'akan agar Mawar dan Zahar mendapat haji yang mabrur, selamat pergi dan selamat kembali.
shima said…
Dr Mawar, alangkah indahnya menjadi tetamu allah..kami sekeluarga berdoa agar Dr mawar bersama suami beroleh kenikhmatan dan keberkatan haji kelak
Rezwanyusak said…
selamat menunaikan haji dr.Mawar
semoga selamat sampai dan selamat
pulang
Ezze ZieZie said…
Salam , tahniah ! Anda berjaya ke tanah suci dgn selamat ! Hanya org tertentu boleh buat.
By the way , Saya singgah sini blog walking , singgah blog saya yaa .
Kanda Mawar,

Tahniah yang berganda! Bon voyage dan selamat kembali.
Nai Abu said…
Bila agaknya blog ini akan mekar semula, mewangi dengan bicara ilmu yang boleh dikongsi bersama...
Mawar said…
Erma @ Kak Ju
doa sudah saya pohon di Masjidilharam. insya Allah, semoga dimakbulkan... terima kasih atas doanya juga.
Mawar said…
Ma
terima kasih. atas doa sdr juga kami selamat menjalani ibadah dan selamat tiba di tanahair. alhamdulillahi rabbil alamin...
Mawar said…
Encik Gurindam,
terima kasih atas doanya. amat kami hargai.
Mawar said…
Shima
saya juga mendoakan giliran sdr untuk musim2 haji akan datang. terima kasih atas ingatan dan doanya buat kami.
Mawar said…
Rezwan
terima kasih, atas doanya kami selamat di sana dan selamat pulang ke tanahair. terima kasih.
Mawar said…
Ezze
alhamdulillah atas doa semua dan rahmat Allah, kami dapat melaksanakan ibadah dengan tenang. ya, kenangan spiritual yang tak mungkin akan saya lupakan.
Mawar said…
Adinda Rahayu,
terima kasih. TAHNIAH juga atas kejayaan tahun keenam berturut-turut! luar biasa.
Mawar said…
Nai,
saya sudah kembali.masih memerlukan penyesuaian masa dan ternyata masih rindukan Tanah Suci. terima kasih, sudi terus mengikuti blog saya. banyak yang akan saya rakamkan selepas ini, insya Allah.