Saya berjumpa mahasiswa baru dalam kuliah Penulisan Kreatif SKMM2083. senarai nama yang panjang semester ini, ramai yang datang dari  FST (fakulti sains teknologi). dan bagusnya kali ini saya mahu mereka memanfaatkan makanan atau masakan sebagai menu penulisan. hehey, bukan hanya tentang resepi, tetapi apa yang membumbui resepi itu - kasih sayang, kesumat, nostalgia, impian atau persahabatan dengan plot yang menyeramkan? ayuh mahasiswaku, mulakan kerja kreatif sdr! ya, kita akan bertemu si Remy Ratatouille di kuliah nanti.

Comments

akuHans said…
kreatif11..saya harap boleh baca penulisan mereka nanti..Good Luck Dr....:)
Mawar said…
Hans,
terima kasih, kerana masih ikut.
Nai Abu said…
Bagaimana saya mahu mengadun semangkuk ABC, sepinggan kuih makmur dan sekotak coklat dalam cerpen saya..agar menjadi bumbu yang istimewa :)


ps: maaf, saya kerap mencatat di sini, Dr.
Mawar said…
Nai,
setiapnya mesti memberi "kesan" tersendiri. sama ada mahu temukan semuanya atau pilih satu. namun "extended meaning" tetap ada. cuba dulu, nanti saya baca.


ps: silakan terus mencatat di sini...terima kasih.
purplemelastoma said…
Dr. Mawar,
Assalamualaikum,
Satu perubahan yang menarik. Mungkin garis pemisah antara seni dan sains sudah semakin kabur. Mungkinkah watak Nurasyikin dalam novel "Novel Untuk Asyikin" itu semakin menyerlah di kalangan mahasiswa/siswi sekarang ini?
haku said…
nampaknya saya perlu kerja keras sikit berbanding pelajar wajib..
terpinga dan ternganga juga mendengar istilah-istilah asing..

tapi saya bahagia dengan subjek ini :)
~zubaidah~
Mawar said…
Prof Ungu
ada yang ambil kursus pilihan bebas, sebab tiada pilihan lain. dan kebanyakannya hanya mahu penuhi unit. tapi saya percaya yang ambil kursus ini benar-benar minat. saya ingat dalam novel Prof, NUA, ibu bapa Asyikin yang memandang sendeng mata pelajaran kesusasteraan (kalau tidak silap ingatan saya).
Mawar said…
Haku @ Zubaidah
usah gusar, yang lain juga baru belajar...terima kasih kerana memilih kursus saya dengan berikhlas hati!
hasni hanna said…
Dr, saya juga mahu cuba tulis cerpen berinti resepi dan ramuan makanan. Saya cuba ya! :)
Mawar said…
Hasni
silakan meneroka!
ANIZA AHMAD said…
Usia kian menghampiri rembang petang namun keinginan untuk menulis masih tersemat di dalam hati. Menulis sekadar meluah apa yang di rasa untuk titipan memori sendiri. Teringin untuk terus berkarya melewati media namun tiada keyakinan.Boleh Cik Mawar bantu untuk saya menggarap sebuah karya yang bermutu.