Semester ketiga ini saya bertemu mahasiswa yang mengambil kursus Penulisan Kreatif sebagai mata pelajaran pilihan. terima kasih kepada Atiqah, Azemuniza, Hafifyn, Khairunnisa, Nor Azrin, Siti Mastura, Sah Rezan, Engku Faris, Mohd Izzat Azren, Mohd Faizal, Norfahani, Siti Noor Azmira, Fatin Nadiah, Khodijatul, Izzat Amir, Hanis, Immalina, Nur Fatin, Azilah dan Amirullah  yang ikhlas mendaftar. kali ini tugasan mereka, merakam jurnal berdasarkan genre muzik. mungkin sahaja mereka seronok atau hairan bagaimana akhirnya nanti terhasil sebuah cerpen.

Comments

purplemelastoma said…
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarkatuh,

Dr. Mawar,

Satu strategi yang baik untuk memulakan kerjaya sampingan sebagai penulis.

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang memilih kursus ini, bukan sahaja bertujuan mencukupkan nilai kredit, bahkan menimba ilmu yang kelak akan dapat digunakan sebagai loncatan kepada penghasilan karya-karya sastera yang lebih besar.

Syabas!
Mawar said…
waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

Prof Ungu,
alhamdulillahi rabbil alamin kerana diberikan ilham untuk saya menyusun pengisian kuliah tersebut. saya mahu mahasiswa seronok sambil belajar. memperoleh manfaat bukan sahaja untuk lulus ujian.

terima kasih.
Khayr Annisa said…
Assalamualaikum wbt.

Dr. Mawar,

Saya baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang penulisan kreatif & bercita-cita untuk menekuni genre cerpen dan puisi.

Kalau tidak keberatan,
boleh Dr cadangkan buku-buku yang boleh saya rujuk?

terima kasih, Dr.
Mawar said…
Waalaikumussalam sdr Khayr Annisa,

syabas kerana bersedia untuk menulis. banyak sekali buku yang bagus untuk rujukan dalam kedua-dua genre puisi dan cerpen. dari bentuk kreatif (karya) hingga kritikan. mungkin sdr boleh nyatakan secara khusus buku yang bagaimana, insya Allah saya cuba membantu.
Mawar said…
Ct Saggie
waalaikumussalam ... terima kasih sudi bertamu.
Anonymous said…
Salam,

Rasa teruja mendengar pengisian kursus ini, tidak seperti zaman saya. Ya saya senior anda, mungkin dalam lima atau enam tahun. Waktu itu bila dengar penulisan kreatif (di kalangan kami) bunyi sahutannya ala-ala saja. Waktu itu kursus diberikan kepada pelajar. Ya segalanya, hingga jabatan pun. Namun ada yang dapat mengambil kursus diminati selepas merayu juga memujuk dan kebetulan ada rakan yang menggugurkannya dan saya antara yang bernasib baik kerana dapat berguru dengan pensyarah yang saya kagumi pemikiran dan pandangannya. Walaupun kini bertugas dalam bidang berkaitan penulisan namun apa yang dapat saya katakan ilmu menulis saya timba dari guru di jabatan lain. Ya, kami diajar menulis jurnal dan itu yang kami lakukan setiap kali kuliah sebelum dibawa kepada teori penulisan. Bukan niat untuk menyinggung sesiapa kerana saya juga tidak pernah mendaftar untuk kursus sebegini di jabatan pada waktu itu. Mungkin minat saya bukan ke arah penulisan berbentuk cerpen, novel dan seangkatannya. Jadi bila tidak diberikan tidak berasa seperti satu kerugian. Ada rakan yang diberikan kursus ini berkata, bukannya susah, translate aja dari novel bahasa lain janji lulus. Itu pemikiran yang berlaku waktu itu. Apa pun, tahniah kepada anda dan saya harap anda dapat melahirkan ramai penulis.
Sekadar menceritakan pengalaman.
Mawar said…
Sdr Anonymous @ Seniorku,

terima kasih singgah dengan catatan kenangan. ya, zaman tumbuh dan banyak yang berubah. itu yang saya sendiri alami dalam evolusi kursus penulisan kreatif ini. dari zaman OP dan Siti Zainon Ismail...

saya menulis sebelum memasuki universiti. malah sewaktu menjadi pelajar geografi, kursus inilah yang saya nanti-nantikan. ya, ia bukan sahaja mengasuh saya untuk lebih bagus dalam menulis. ternyata ia memberi saya ruang kreativiti yang mencapah dan selalu mahu tahu apa yang saya tidak lagi tahu. ya, semacam proses mengenali, begitulah.
Fatin Nadiah said…
Saya rasa ayat pertama yang perlu diungkap ialah terima kasih. Kenapa? Saya bukanlah seorang blogger walaupun saya terdedah dengan blog ini agak lama dek kerana tugasan yang menuntut saya mendalami dan mempelajari selok belok blog. Namun, saya rasa saya agak berbangga kerana inilah kali pertama saya memberi komen terhadap nukilan blog insan lain. Mungkin kerana pandangan saya terhadap blog agak berlainan berbanding orang lain. Saya kurang gemar berinteraksi dengan medium siber. Walaupun kini Facebook ibarat teman si pemuda mudi, namun saya kira saya golongan terkecuali kerana kegemaran terhadap interaksi mata turun ke hati. Saya berharap di pengakhiran jalan ini, interaksi menggunakan teknologi siber ini bisa melekat di hati kerana kata si pujangga "Tak kenal maka tak cinta" bukan?
Mawar said…
Fatin Nadiah

semoga memperoleh manfaat daripada kuliah yang diikuti.