Semester kedua untuk sesi tahun ini bermula awal. isnin tengahari kuliah kami. tahun juga sudah hampir tidak bertepi. bersambung terus dan terus. selamat kembali mahasiswaku. bersedia dengan kerja rumah!

Comments

hasni hanna said…
Wah! Semakin berseri halaman maya Dr. ini... :)

Saya ambil kesempatan di sini mengucapkan selamat tahun baru juga buat Dr. Terima kasih Dr. kerana memberi peluang kepada saya minggu lalu menghadiri bengkel penulisan novel itu. Maaf juga atas segala kesulitan. Alhamdulillah, walaupun tidak dapat sepenuhnya mempelajari bidang penulisan novel tetapi saya diajari mengenal rupa dan sikap manusia.

Terima kasih Dr. Salam manis.
Mawar said…
Hasni @ penulis prolifik
terima kasih menyahut salam saya!
hasni hanna said…
Alhamdulillah, Dr.

Usai PERMATApintar, karya saya tersiar di Mingguan Wanita (puisi). Erm, satu lagi khabar. Karya kritikan saya akan disiarkan di Dewan Sastera Februari 2011. Alhamdulillah, segalanya bermula daripada ajaran Dr.

Terima kasih Dr.
Mawar said…
Hasni
alhamdulillah, saya senang mendengar semua berita baik ini. teruskan usaha, orang muda!