Cerpen terbaru saya di Mingguan Malaysia, november 7 2010. terima kasih kepada editor,
Sdr Ku Seman Ku Hussain kerana menyiarkannya.
terima kasih kepada sahabat yang memberi ilham dalam pembikinan judul ini... perjalanan plotnya banyak terilham dari entri awal, ogos 24 2010. dari rumah gadang.





Comments

Salina Ibrahim said…
Tahniah kawan. Saya membaca beberapa perenggan semalam di Utusan Online, tanpa byline. Tak sempat beli suratkhabar. Saya mengagak-agak itu gaya penulisan Mawar Shafei. Betullah agakan saya. Tahniah sekali lagi. ;-)
Mawar said…
Cik Sal
alhamdulillah dan terima kasih atas tekaan.
mohamadkholid said…
Tahniah, mengisi pagi Ahad saya, mengulitinya...
Kakak,
tahniah sekali lagi. saya suka :)
Chem Uyaisha said…
tahniah ya Dr! saya cuba nak bina tajuk cerpen yang unik-unik. namun itulah susah nak bikin, 'kan? :)
Mawar said…
Sdr Kholid
terima kasih. wah dapat saya bayangkan pagi ahad yang nyaman di perbukitan!
Mawar said…
Hani Bunny :-)
terima kasih. ayuh, menulis terus!
Mawar said…
Uyaisha
banyak membaca puisi dan bersahabat dengan penyair. mereka kaya dengan metafora dan bahasa yang cantik. saya tunggu karya terkininya, dong!
hasni hanna said…
Tahniah Dr! :)
Sebenarnya hari Ahad itu juga saya sudah siap menaip mesej pada kotak telefon tangan, malang nombor Dr sudah lenyap kerana telefon saya baru diformat.

walau apa pun, masih mahu layangkan jutaan tahniah sekali lagi atas tersiarnya Cerpen ini di sini. :)
Mawar said…
Hasni,
terima kasih. saya mahu baca karya paling baru Hasni selain di TC, BM dll...
hasni hanna said…
Karya paling baru saya tersiar di majalah URTV. Puisi "Kerana Rindu Itu"

:) sudah saya kongsikan di teratak blog saya.
syahrir said…
saya membaca cerpen ini di Utusan Online.rangkap pertama saya sudah agak ini adalah tisan Dr.teringat pengalaman saya 1 sem di kelas penulisan kreatif di bawah ajaran Dr.munkin tak terlambat untuk saya ucapkan tahniah di atas Anugerah MASTERA.Tahniah Dr Mawar!
Mawar said…
Hasni
terus menulis. saya mahu terus lahirkan "Hasni" lain di UKM pada masa-masa mendatang.
Mawar said…
Sdr Syahrir
sdr pasti pelajar elektif saya. sudah tamat pengajian? dan sekarang di mana? saya berharap ia satu doa - bukan saya yang menang hadiah MASTERA yang dimaksudkan. yang menang ialah kawan kami, SM Zakir!
syahrir said…
oh maafkan saya.bukan anugarah MASTERA sebenarnya tapi anugerah S.E.A Write.tahniah atas anugerah tersebut.ya saya pelajar elektif dari FST pada tahun 2006.kalau doktor ingat masa hari pertama saya perkenalkan diri sayalah pelajar tunggal dari aliran sains yang ambil kursus itu.sekarang saya menagajar di salah sebuah sekolah di Perak.
Mawar said…
Sdr Syahrir,
tahniah , sudah menjadi pendidik. semoga dapat terus berbakti kepada anak bangsa.

maaf, mungkin entri saya kurang jelas. yang saya maksudkan, tahniah kepada 2 sahabat saya yang menang: Zakir (MASTERA) dan Zaen (SEA Write). saya mengucap tahniah, dan bukan saya yang menang.
hasni hanna said…
Terima kasih Dr. Mawar yang sentiasa menghargai, terharu.