Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa;
Sendi bangsa ialah budi
Runtuh budi runtuhlah bangsa.
***
Setiap kali pulang ke selatan, kami akan melintasi rumah gadang cantik ini. tak jemu mata memandang. dalam perjalanan minggu lalu, seperti mahu melangkah masuk saat melihat pintu pagar terbuka luas dan jendela berlangsir putih. ah manisnya!
maaf tuan rumah, diabadikan rumah tuan di sini dan dalam hati kami. terima kasih!

Comments

assalammualaikum, Dr. Mawar.

Selamat berpuasa. Huhu, rumah gadang itu sangat cantik! Terima kasih atas perkongsian foto itu. Hmm, seronoknya jika miliki rumah seperti itu.
Mawar said…
Wardah waalaikumussalam,

selamat berpuasa dan meraih keberkatannya. ya, saya sangat menyenangi dan mengidamkannya!
Salam Mawar,
Ada iras rumah 'Ainur Mustika' yang saya bayangkan di kampungnya di Batu Berendam. Tangga lebar, laman luas, ditanam pula banyak bunga kertas, ada kesidang, cempaka, melur dan kenanga tumbuh merata-rata. Saya suka lanskap laman orang Melaka, berseni dan ceria.
Mawar said…
Nis,
pernah ada leluhur di Alor Gajah...:-)
Salam Mawar..
Ini rumah impian saya juga.
Kalau ada rezeki mahu yang begini.. emm, entah bila..
Sekarang cuma dapat tangga melaka saja di rumah ini..
Mawar said…
Lily
insya Allah, awak akan dapat rumah cantik yang diidamkan itu suatu hari nanti...