Beberapa minggu ini saya banyak bercakap menjadi tua sama ada dengan orang lain atau diri sendiri. hingga akhirnya ada yang menyedarkan saya bahawa karya saya juga kian menjadi tua dan tepu. kenyataan itu sangat menjadikan saya insaf dan segera ingin bersujud... namun, saya juga ternanti-nanti untuk menjejak angka 40, tahun hadapan. seperti seorang sahabat mengaku, hey, tiada ada apa-apa yang berlaku. biasa-biasa sahaja bila menjadi 40. oh ya?

Comments

Faizah Azaman said…
Dr, melangkahlah ke gapura 40-an dengan anggun! Ia pasti mengujakan! Saya percaya.
Mawar said…
Faizah
insya Allah jika panjang umur...terima kasih.
Chem Uyaisha said…
Dr,
life starts at 40. so enjoy life to the fullest! =)
entah mengapa, saya juga merasakan diri menjadi semakin tua, terutama apabila cuba untuk menulis diari semula (seperti zaman sekolah). tidak boleh kembali menulis dengan cara yang 'main-main'. akhirnya terus menjadi serius dalam memilih kata. =)
Mawar said…
Uyaisha
awak baru setahun jagung. jangan jadi aneh. itu bukan menjadi tua, itu menjadi matang namanya...tahniah.
safwan said…
Dr. Mawar, selamat ulangtahun ke-40, Dr. Mawar masih muda, semuda dan sesegar bunga mawar di Wisata Perancis.. Dr. Mawar jangan risau, kenyataan ini tiada kaitan dengan peperiksaan akhir.. =)
Mawar said…
Safwan
ulangtahun saya yang ke 40 feb 2011! sila baca entri saya berhati-hati sepertimana sdr membaca soalan saya dalam peperiksaan nanti! ya, saya akan risau kesannya nanti dalam pemarkahan Safwan!:-)