Lagi narasi tentang cokelat! ini rakaman foto cokelat Kak Ina, jiran saya yang baik hati. sdr boleh hubungi Kak Ina di 0193427400 untuk bertanya lanjut....yummy! (foto boleh dibesarkan, klik!)

Comments

Faizah Azaman said…
Salam, Dr. Mawar saya dah hubungi kak Ina (yang ramah). Subhanallah! Harganya SANGAT OK! Coklat dan Filling yang variasi perisa. Kebetulan saya mencari 'benda' untuk mencukupkan dulang hantaran sempena pernikahan adik. Rasanya, menempah coklat kak Ina betul-betul berbaloi!
Mawar said…
Sdr Faizah
alhamdulillah, ya, seperti yang saya katakan, harganya memang OK! selamat hari lahir yang baru lalu dan selamat pengantin baru untuk adiknya.
Chempaka Aizim said…
Dr Mawar,
sampai hati Dr menggoda saya dengan gambar-gambar coklat. goyah sebentar sistem ketahanan diri. hihi
Mawar said…
Uyaisha
ini latihan untuk menahan godaan..!
Faizah Azaman said…
Malu pula nak mengucapkan Happy Belated Birthday untuk Dr. Saya teringin nak SMS dan mengirimkan kepada Dr. Mawar puisi sempena hari lahir seperti kiriman saya kepada teman-teman rapat, tetapi tiada nombor HP, ingin meninggalkan pesan di FB juga tidak diterima sebagai rakan...:-)
Mawar said…
Sdr Faizah
terima kasih. saya jarang di FB yang riuh rendah itu, dan maaf jika undangan "bersahabat" masih saya tidak terima di sana. nah, kita bersahabat sekarang di laman "rumah" saya! salam kenal!
Faizah Azaman said…
Salam Kenal!(saya sangat teruja!)

Saya mula mengenal pengarang Masitah ini melalui cerpen Ke Sumur Masitah yang sangat mengugah perasaan saya (ya, saya menangis saat melumatinya)hantaran emosi sangat berkesan Dr. 2007, saya dapatkan antologi Masitah di Jualan Gudang DAWAMA di UM. Saya pernah ditegur oleh Amiza Khusyri yang mengatakan cerpen saya dipengaruhi teknik Dr. Mawar. Katanya lagi, teknik itu kurang sesuai bagi pengarang hijau seperti saya. Saya telah berhibernasi beberapa lama dengan tidak menggarap apa-apa (tambahan pula saya sedang ripuh dengan penulisan disertasi di APIUM, KL) Saya tidak mahu merasa selesa dengan tidak mengarang apa-apa. Oh ya, Dr saya punya adik yang belajar di FPI, UKM. Setiap kali ke sana, selalu saya berangan nak berjumpa Dr. Harap suatu hari saya dapat ikuti bengkel cerpen bersama pengarang yang dianjurkan jabatan Dr.

Terima kasih dan salam hormat.
huhu, cantiknya. Macam sayang saja untuk dimakan :)
Mawar said…
Sdr Faizah
terima kasih membaca karya saya. semoga ia bermanfaat untuk kerja kreatif sdr. insya Allah kita akan berjumpa suatu masa nanti...
Mawar said…
Wardah
makan saja, sebab banyak lagi!
mentarimerah said…
Salam, kakak yang baik hati, mohon maaf lahir batin (macam hari raya pula) kerana lambat mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR, MOGA BAHAGIA SELALU, MURAH REZEKI DAN DIBERI KESIHATAN YANG BERPANJANGAN. Terima kasih daun keladi dengan coklat yang diberikan, ermmm...enak sekali dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kerana meminjamkan bahu untuk hamba menumpahkan mutiara jernih...Alhamdulillah rasa begitu lega dan tenang sekali. Terima kasih banyak kakak Mawar yang budiman...
Mawar said…
Mentarimerah yang sudah tenang,

alhamdulillah, bukan bahu kakak yang menyembuh gulana, kakak pasti cokelat manis itu jadi penawarnya..:-)
terima kasih atas ucapannya.