Semasa kuliah saya membaca kembali Naratif Ogonshoto dan surah Huud: 42: dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung ~ begitu di Tatamanu gelombang besar lagi tinggi... enam kali ganda bangunan sepuluh tingkat (hlm. 237).

Comments

Wak Parjo said…
Semalam, dalam kesesakan di Kuala Lumpur, saya sempat bertanya khabar Sang Bumi, ternyata Bumi semakin penat dan lelah dengan kerenah manusia. Sang Bumi merenung mataku.. sayu.. dan akhirnya aku faham.. sambil terbatuk dek kerana carbon monoxida dihembus sebuah bas dihadapanku.. aku berlalu pergi memohon restu Illahi.
Mawar said…
Wak Parjo,
bumi memang kian lelah dengan apa yang dilakukan kita. hanya DIA yang tahu bila waktu itu tiba dan segalanya akan berakhir untuk memulakan kehidupan seterusnya...
Assalammualaikum, Dr. Mawar.

Saya baru usai menamatkan Naratif Ogonshoto kali kelima. Pada satu kuliah, dato' bercerita tentang NO.m Tentang tsunami. Hehe, bagai peramal masa dato' membicarakan tsunami lebih awal daripada kita mengenal tsunami dalam tragedi 2004.

Sungguh, bumi semakin tenat.
Mawar said…
Wardah
ya, saya pun melihatnya begitu. walau sebelum ini sebenarnya ombak besar sudah berkali-kali melanda banyak benua...