Aku akan tebarkan jala ini ke atas dunia. Aku yang mendapat segala-galanya yang baik dan yang buruk. Yang baik aku letakkan di sebelah kanan. Yang buruk aku asingkan di sebelah kiri.” (HHTSS, hlm. 167)
Tahniah Sasterawan Negara ke 10,
Dato Dr Anwar Ridhwan.

Comments

Salam, Jemput Tn Rumah ke GEM Community ( DIrektori/Forum Perniagaan, Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia) - http://gem.socialgo.com
Anonymous said…
Assalamualaikum di ucapkan kepada Dr. Mawar. Pertama sekali saya ingin mengucapkan sekalung tahniah di atas kejayaan Dr. yang telah memenangi dua anugerah hadiah sastera baru-baru ini.

Sebelum itu, ingin saya memperkenalkan diri. Saya, Siti Rohana Binti Abdul Rahman, pelajar Tahun2 Diploma Teknologi Makmal Perubatan di HUKM.

Saya mewakili 3 orang lagi ahli kumpulan saya dengan ini ingin mempelawa Dr. untuk di temuramah bagi menyiapkan tugasan bagi
subjek Kemahiran Menulis, yang telah di berikan oleh pensyarah kami, En. Nazri Bin Muslim.

Sekiranya Dr. bersetuju dan mempunyai kelapangan untuk di temuramah oleh kami, ataupun sebaliknya, di harap Dr. dapat memberikan kata putus dengan membalas kembali komen saya ini di blog Dr. Pihak kami akan mengambil langkah seterusnya dengan menghubungi pejabat Dr. sekiranya kami mndapat perkhabaran yang gembira daripada Dr.

Sekian,
segala tindakan dari pihak Dr. saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Mawar said…
Sdr GEM

terima kasih atas undangan.
Mawar said…
Sdr Siti Rohana

terima kasih.
saya senang sekali untuk membantu.
Anonymous said…
Ucapan terima kasih di dahulukan di atas kesudian Dr. menerima pelawaan kami untuk di temuramah.

Kami akan menghubungi pejabat Dr. dalam tempoh masa yang terdekat ini bagi menetapkan masa dan tarikh pertemuan kita nanti.

(Siti Rohana)