Langit takwim baru buat mahasiswa saya yang pertama kali memasuki bilik kuliah.
lewat sinar mata sejernih kejora, saya percaya sejarah bakal dirakam.
ada makna besar yang akan dipetakan, insya Allah...

Comments

hasni Jamali said…
salam kemesraan,
mahasiswi hasni kembali bertamu ke UKM.

hati resah menanti OGOS. benarkah bagai dikata dr.mawar, KAALAA bakal tersiar di Dewan Siswa?
Mawar said…
Salam Hasni
hubungi saya untuk Kaala. terima kasih.
hasni Jamali said…
dr.mawar,

terima kasih atas janji untuk KAALAA. akan saya nantikan.
Mawar said…
Hasni,
janji juga dengan saya, menulis terus. jangan tunggu saja karya tersiar. itu kerja editor. kerja penulis ialah menulis. menulis yang bagus.
juilis69 said…
Tahniah Dr, saya memang suka membaca karya Dr, terutamanya cerpen. Teruskan menulis. Karya Dr memberi ruang dan peluang kepada khalayak untuk mencari serpihan diri mereka.
Mawar said…
Sdr Juilis
terima kasih kerana memberi saya semangat!