Sdr dipersilakan menyertai Bengkel Penulisan Cerpen Kepezi 3-2009 pada 1-2 Ogos 2009 di DBP KL anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Yuran termasuk bimbingan dan jamuan (penginapan sendiri). Peserta tidak melebihi 20 orang. Bimbingan oleh Zaharah Nawawi & Mawar Shafei.

Sdr dikehendaki menyediakan cerpen sepanjang 8 halaman ditaip langkau 2 baris dan menggunakan jenis huruf Times New Roman. Emel cerpen kepada Zaharah Nawawi di nemoku@tm.net.my berserta nama dan alamat penuh, no telefon, e-mel serta no kad pengenalan selewatnya 24 Julai 2009. Keterangan lanjut tel: 016-255 7030, 03-5635 3733.

* Penyertaan awal diutamakan.

* Sebarang perubahan tarikh dan tempat, akan dimaklumkan melalui e-mel peribadi, sms atau semak di http://kepezi.blogspot.com/

* Penyertaan secara automatik menjadi ahli Kepezi yang tidak memerlukan bayaran yuran dan tanpa tempoh masa.

jumpa nanti ya!

Comments

ILHAM HAMDANI said…
Salam,

Oh baiknya Dr Mawar, sanggup menaja tiket kapal terbang saya untuk pulang. Dan saya bayarkan kos pembelajaran, sekali dengan kos penginapan, termasuk Dr Mawar pula ...

Eh! Eh! Bermimpi saya ... haha

Alangkah bertuahnya orang di Malaysia, selamat menuang ilmu!

IlhamHamdani,
Canberra, Australia
Mawar said…
Salam Sdr Ilham,
alangkah, jika saya dapat memenuhi mimpi itu! semoga suatu masa sdr dapat ikut serta, insya Allah. terus menulis ya.
crixerity said…
salam, dah penuh ke bengkel ni? dan, wajib 8 muka? lebi tak boleh ke?
Mawar said…
Salam Sdr Crixerity,
sila berhubung terus dengan Puan Zaharah Nawawi. terima kasih atas perhatian.