… Oktober mula mencurahkan hujan musim, yang biasanya berlarut-larut hingga Mac. Sejuta kaki hujan menikam gelombang, mengangkat tabir kabut di muka lautan. Hujan itu membuat langit Kiribati menjadi rendah. Kabut itu pula membuat samudera tidak terduga. (Naratif Ogonshoto, 2001: 92)
Selamat datang Sasterawan Dato Dr Anwar Ridhwan ke laman saya! terima kasih.

Comments

iLHam UyaiSHa said…
hi Dr,
lama saya tidak tinggalkan tapak bila menjenguk laman ini. entry dr kali ini mengingatkan hafalan dan jawapan saya untuk kertas peperiksaan penulisan kreatif. hihi.
Mawar said…
Hi Uyaisha di Temasek
masih nakal ya?
Luqman al-Hakim said…
Datang membawa salam untuk menumpang lalu di lorong maya ini. Tidak seagresif dulu berkarya, eh?
mariahsj said…
Salam adinda,
Masih teringat lagi ketika pertemuan di Putrajaya tempoh hari. Walaupun tak boleh berlama-lama, tapi cukup untuk melihat adinda dan kawan-kawan lain yang sentiasa ceria.
Kita jumpa lagi nanti.
Mawar said…
Salam Luqman, sahabat lama,

banyak yang harus ditangani sejak diletak (baca: dipaksa)di bhg pentadbiran. tulisan juga harus berbahagi, bukan hanya kreatif lagi. kertas akademik dsb. awak pun lama menyepi, apa khabar selepas moralis cilik?
Mawar said…
Kanda Mariah
ya, tidak mengapa yang penting dapat jumpa, mengubat rindu.
zawanbaba said…
Salam Dr.Mawar,

Living Book itu akan aktif semula September depan -menurut pihak librari di sini. Ya, jika berpeluang mengikutinya, saya akan kongsi dengan saudara.

ZB, Malmö.
Mawar said…
Nazwan di Malmo,
terima kasih! saya nantikan ceritanya.
Luqman al-Hakim said…
Mawar, saya dulu sepi dihambat dengan penulisan kewartawanan. Juga memang niat tinggalkan sastera, dan beranggapan tidak mungkin dapat berkarya sebaik moralis cilik itu. masih menulis kini tidak untuk menggegar dunia sastera atau hadiah sastera, lebih untuk menerobos dominasi dalam sastera popular. ya, duitnya bagus juga.
Mawar said…
Luqman
menulis terus. yang penting niatnya kok.