Kota Buku, begitu kata TPM untuk wajah KL hujung tahun ini. kedai buku, acara berkaitan buku, mungkin juga arca buku. Nazwan dari Malmo bercerita tentang buku hidup, living book yang berupa manusia, boleh dipinjam dari perpustakaan untuk bercerita. voila!

Comments

fadzil yusof said…
salam puan dr mawar

bunyinya aneh. berapa ramai rakyat di sini membaca buku. berapa yang sedar tentang pentingnya buku selain daripada mendapat ilmu dan meluluskan peperiksaan.

hakikatnya bangsa dan masyarakat, masih jauh daripada realiti penduduk di 'kota buku' ini.

kota membeli-belah, kota hiburan dan lain-lain, barangkali lebih tepat.

maaf kerana saya pesimistik tentang kenyataan tpm itu.
Mawar said…
Salam Sdr Fadzil

terima kasih memberi reaksi.
saya melihat dari sisi baiknya; harapannya ia menjadi pencetus besar untuk mengubah mentaliti orang banyak seterusnya sebagai faktor penggalak. melihat perkembangan terkini berbanding dahulu, pasti jumlah mereka yang cintakan buku semakin bertambah, saya yakin.

cuma saya seperti sdr tertanya-tanya mengapa KL yang dipilih (pasti ada alasan). mengapa tidak tempat lain...
KakMin said…
Kelompok meminati buku masih ramai. Kalau di KL rasanya lebih tumpuan. Jangan jadi macam Kampung Buku di Langkawi. Yang menjual buku aje yang tinggal. Sekarang tak tau apaa dah jadi.............
Mawar said…
Salam kenal Kak Min
terima kasih singgah dan beri respon. ya, kedudukan Kota Buku ini mengingatkan saya sewaktu ke Yogja. bandar yang bersih dan banyak kedai buku. jadi kota ilmu juga sebab ada UGM dll.

sekilas saya terfikir, mengapa tidak pilih Bangi yang sedikit hampir dan aman daripada KL. Bangi juga banyak pusat ilmu. selainnya, seperti Yogja, Bangi mungkin dapat lagi diBERSIHKAN apabila jadi Kota Buku...
hasni Jamali said…
salam kerinduan,

dr.mawar diharap sihat sentiasa.
kota buku, sedap telinga mendengarnya. insyaAllah, peluang untuk anak-anak bangsa berkarya semakin meluas. dan berharap agar terus mendapat perkongsian matlamatnya. amin.

rindu dr.mawar. hasni.
Mawar said…
Hasni yang sedang seronok bercuti,
ya, semoga gagasan Kota Buku dapat dimanfaatkan banyak pihak.
Muhd Nasruddin said…
Assalamualaikum,
Jika benar bagai yang dirancang,
pasti ada baiknya untuk penulis.
Penulis dengan buku, ibarat ibu bapa dengan anak. Tiada penulis,tiadalah buku.
ismad said…
Dr. Mawar,

Kata-kata Saudara Fadhil yusof amat tepat:
"kota membeli-belah, kota hiburan dan lain-lain, barangkali lebih tepat."

Yang sedihnya, yang mengambil bahagaian dalam aktivit-aktiviti lagha seperti itu, majoritinya adalah orang-orang Melayu.

Lihatlah program-program hiburan jom sana jom sini, dan pelbagai program realiti di TV, semuanya orang-orang Melayu.

Mujurlah pada pesta buku di PWTC bulan April yang lalu ramai orang Melayu yang datang untuk membeli buku. Tetapi inipun masih ada persoalannya..... apa genre atau jenis buku yang dibeli? Novelkah, Buku agamakah? Buku motovasikah? Atau buku pengetahuankah?

Dalam novel pula ada juga persoalan.... berdasakan hiburan (terutama unsur cinta semata-mata) atau ada mesej-mesej membangun minda, atau memperkasa saksiah dan memupuk kecemerlangan?

Buku-buku berunsur mesej-mesej yang berguna adalah antara jalan (wadah)yang terbaik untuk membawa lonjakan paradigma ke aras pemikiran kelas pertama orang-orang Melayu.

Jika tidak berlaku seperti yang sepatutnya, maka ianya adalah suatu tragedi kepada bangsa yang terhimpit dek tuntutan-tuntutan semasa terutamanya tuntutan liar perlaksanaan meritokrasi di segenap sudut dan niche.

Wassalam.

ismad
Mawar said…
Sdr Nas
harapnya begitulah....
Mawar said…
Prof Ismad
terima kasih atas pendapat. manusia punya citarasa sendiri termasuk memilih bahan bacaan. tidak pula boleh kita tentukan apa yang harus mereka baca. namun prasarana dan pilihan itu harus ada; di titik itulah disediakan yang terbaik.
zawanbaba said…
Dr.Mawar,

Maaf, saya tersilap post comment Living Book itu ke entri saudara yg lain. Maaf sekali lagi!