Esok, April 10, mahasiswa saya (SKMM1043 Cerpen Melayu) akan meraikan beberapa tokoh cerpen Melayu sempena Hari Cerpen Melayu bersama kumpulan kuliah sarjana SKMM6053 Sastera Bandingan. Saudara dipersilakan hadir di Makmal Pengajian Melayu, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM bermula jam 10 pagi. ini ruang penghargaan atas budi sasterawan Melayu. datang ya untuk melihat pembentangan tokoh, persembahan seni, pelancaran laman sawang, pameran dan jamuan!

Comments

Pei Pan said…
Ruginya...kalau saya belajar di UKM @ tinggal di kawasan sekitar pasti saya akan datang. Salam Ziarah Dr. Mawar. Selama ini saya hanya memerhati dari jauh tanpa meninggalkan sebarang jejak. Blog yang indah, penuh dengan madah. Kawan-kawan sampaikan salam dari kami di USM.
Mawar said…
Sdr Pei Pan (macam judul buku Ramlee Awang Murshid)

untuk ilmu, walau jauh, segalanya harus diredah!