Saya penggemar cokelat sejak kecil. pernah berhenti sekejap, tapi sekarang semakin menjadi2. dan gemar juga mencuba pelbagai resepi cokelat khususnya kek. saya mencuba yang ini ahad lalu dan ternyata mendapat reaksi dari kawan2 begitu baik sekali. baur 2 telur + 1 1/2 cawan gula pasir. tambah tepung 1 3/4 cwn + serbuk penaik 1 sudu teh + serbuk koko 3/4 cwn. masuk 1 cwn susu cair. tambah cairan mentega 3/4 cwn. dan akhir sekali tuang 1 cwn air panas. bakar 165c selama 50 min. untuk tambah enak, cairkan sedikit mentega+susu cair dan cokelat masakan selama 1 min dalam ketuhar microwave dan siramkan atas kek yang hampir sejuk. cuba ya!

Comments

azizah supardi said…
Mawar,
Saya tidak tahu kalau Mawar masih ingat peristiwa ini:

Suatu hari di Bhg Ensiklopedia, DBP, sekitar awal tahun 1990-an, Mawar pernah bertanya kepada saya, "Tak mengapa ke kalau saya makan cokelat?" Saya kata, "Tak mengapa, asalkan tidak makan tengahari..."

Tak sangka Mawar masih suka makan cokelat hingga ke hari ini.
Mawar said…
Kak Zah bakal Dr,
apa kabar?
terima kasih masih ingat saya dan cerita lama itu. saya pastinya masih ingat. tetapi memandangkan saya tidak menerima nasihat kakak yang berguna itu, maka jadilah saya seperti sekarang! huh!
CikLieYzaOnline said…
salam
Dr mawar,
saya ada buat sajak..
sajak pendek dan ringkas..
untuk skrip drama saya..
boleh Dr mawar beri komen?
terima kasih..
CikLieYzaOnline said…
Demi sebuah harapan..
kupegang teguh segala impian..
meneruskan sisa-sisa perjalanan..
ilmu kukutip buat pedoman..

Namun,
kini kusedari..
keseorangan aku di alam realiti..
kawan senang mudah dicari..
kawan susah tak siapa mengerti..

Menanti aku seorang diri..
melupakan duka lara di hati..
penantian aku tak siapa yg tahu..
bagai menanti di sayup rindu...
Mawar said…
Cik Lieza,
tahniah akan buat drama. saya masih ingat sdr ikut kuliah penulisan kreatif saya. terima kasih. puisi yang dihasilkan saya lihat bernada dan ada mainan bunyi. cuma komen kecil saya elak imbuhan yang tak perlu, misalnya "melupakan duka lara di hati". bagi saya puisi harus merupakan kata2 terpilih dan terbaik dasn tidak berulang kecuali diterima sebagai gaya. kawan2 lain boleh komen juga ya!
CikLieYzaOnline said…
ya,saya pelajar Dr sem lps..
terima kasih Dr..
saya akan perbaiki lagi..
Shasha said…
Salam Dr Mawar, waah awak pun suka cokelat+kek cokelat ya...satu lagi perkara yang sama kita lakukan...boleh jumpa 27 FEBRUARI ni? Kalau boleh, pasti manis...

Sha
Mawar said…
Kak Chik :-)

ya, kita banyak persamaan!
27 februari - saya akan bercuti. mahu raikan cinta!
Salam Mawar,
Alahai kita baru saja berleka-leka di rumah Mawar ni sambil terliur tengok resipi kek coklat... Buka blog sendiri ada catatan dari Mawar!
Em, kita sebaya ya? Em, mati-mati kita ingatkan Mawar lebih kurang usia Rosie Haslinda.... Awet muda Mawar ni!
hasni Jamali said…
salam manis,
dr.mawar, wah sedap nampak dalam gambar. hmmm, rasanya tentu lagi enak. ingin saya berkongsi di sini, biasanya sebelum pulang ke UKM, sewaktu saya di Johor, ibu selalu bekalkan kek coklat yang ibu bikin sendiri. kami gelarkan itu kek coklat, namun hakikatnya ibu menggunakan serbuk koko, bukan coklat. sangat sedap hasil kek dari air tangan ibu. lagi pula kami masih menggunakan oven lama, perlu dijenguk setiap masa, menanti keknya kembang. wah, rindu pada kek coklat ibu, dan mahu saja merasa kek coklat dr.mawar juga.

hmm, yang mana ya lagi sedap!? :-)
Nimoiz T.Y said…
Hahaha, nak try eh kek ni. Kalau tak jadi macam mana?

Buat CikLiezaOnlie:

1. Buang tanda titik titik di baris akhir setiap perkataan. Ini memberi gambaran bahawa penulis tidak yakin dengan diri. Dan tanda titik titik sudah tidak wujud dalam konteks penulisan sajak kontemporari. Dan orang dah tak pakai dah.

2. Perkataan demi, namun, walau, pun, mungkin, kini atau seumpamanya tidak digalakkan diletakkan di baris awal dalam konteks sajak moden kerana ia terlalu bersifat remaja.

3. Tema sajak yang terlalu peribadi menjadikan sajak ini sangat lemah. Lupakan sejenak emosi dalam diri supaya biar pembaca yang tentukan emosi sajak.

4. Kurangkan penggunaan kata "KU" atau "AKU" yang menjadi sangat peribadi.

5. Betul kata Dr. Mawar, kurangkan penggunaan imbuhan. Ingat kembali defini puisi oleh Coledridge, "Sajak adalah kata-kata terbaik dalam susunan terbaik".

Cadangan Pembetulan (Walaupun bukanlah cadangan yang terbaik).

Untuk sebuah harapan
kupegang teguh segala impian
menerus baki sisa perjalanan
ilmu dikutip buat pedoman.

Namun kini aku sedari
Seorang diri di alam realiti
kawan senang mudah dicari
kawan susah tak siapa mengerti.

Menanti aku seorang diri
melupa duka lara di hati
penantian ini tak siapa tahu
bagai menanti di sayup rindu.
CikLieYzaOnline said…
salam
Dr.
kali ni saya nak ucapkan terima kasih sebab suruh saya buat blog dulu..semasa di kls pnulisan kreatif..
dulu, saya mmg mcm x suka nk buat blog..
bila Dr wajibkan semua pljr buat blog..
saya rasa mcm nak tukar saja ambil subjek lain..
sbb leceh sikit nak buat blog..
nak update lagi..
mcm payah la..
tapi..
sekarang saya amat bahagia kerana mempunyai blog...
byk manfaat yg saya dapat..
TERIMA KASIH DR MAWAR!!!
Mawar said…
Salam Nimoiz,

insya Allah kek menjadi kalau bahan semua cukup. resepi yang sangat mudah! terima kasih kerana bantu beri pendapat kepada Cik Liza.
Mawar said…
Cik Liza
ya, semoga dapat dimanfaatkan blog yang ada. jangan salah guna, khususnya soal bahasa. dalam kuliah dulu saya kata, blog adalah ruang sdr menulis jurnal peribadi dan kemudian boleh dialih menjadi cerpen, jadi tentu sekarang sudah banyak cerpen/puisi yang boleh dihasilkan! selamat menulis.
Mawar said…
Lily
aduhai. baru perasan mesej ini.
maaf Lily!