Saya mewarisi bunda menyedia bubur asyura setiap kali 10 Muharam tiba. selain menjadi juadah berbuka puasa, saya senang menyua semangkuk dua kepada tetangga. mahu cuba resepi keluarga saya? tumis bawang merah+putih+serbuk jintan manis+jintan putih+ketumbar+bunga lawang+kayu manis+cengkih. tambah air rebusan udang/daging/ayam. baurkan semua dalam periuk berisi beras yang sedang dimasak. serasikan semua. tambah daging/ayam cincang, udang, lobak yang didadu dan akhir sekali santan dan kunyit (kuningkan bubur). sekarang bubur sedia dihias dengan daun bawang/sup, bawang goreng, ikan bilis, kacang goreng. bunda selalu tambah sambal terasi. atau saya sisipkan sambal kicap pedas ! (tumbuk cili padi+bawang putih+kicap+gula dengan perahan limau). Salam Asyura!

Comments

Salam Asyura...
Waktu-waktu begini teringat saat menyediakan asyura di kampung. Kami di Kedah yang jenuh dengan beras akan beramai-ramai menyediakan asyura di rumah yang paling tengah. Rumah mak selalu jadi pilihan. Pakat-pakat menitip beras secupak dua. Dari setalam, jadi berpuluh talam. Makan ramai-ramai tepi bendang. Jemput anak-beranak makan sama-sama. Indahnya didesa...
Di desa ilmu ini, yang mampu dibuat hanya mendengar khabar, dan riuh cerita dari saudara di kampung tentang kisah asyura pagi tahun ini..Apa habaq depa tahun ni??
syed_saiful said…
salam Dr,
Sudah lama saya tidak menulis apa-apa, jari jemari saya hampir kaku, minda seolah-olah terhenti dan bicara dari hati mula sunyi..
walaupun kita disini gembira menyambut asyura, tetapi ada insan menatap derita. Yang menyambut "hadiah dari langit" yang penuh derita seolah-olah yang datang itu malaikat maut...
Hanya menunggu ajal datang menjemput...
"selamatkan bumi Palestin, Ya Allah..."
Mawar said…
Perawan,
wah, indahnya latar cerita di bendang! saya jadi asyik saat lewat sawah padi di utara semenanjung bulan sudah. bagus sekali kalau saya dapat pengalaman makan bubur asyura di tepi batas sawah...
Mawar said…
Syed
apa kabar?
jangan biar lama semangat berkreatif. harus setiap hari menulis. ya, moga kita belajar dari apa yang berlaku di sana. dan dapat kita lakukan dari sini, sekurang2nya doa atau semangat menentang kezaliman...
salam kanda Dr. Mawar
oho saya juga merindukan bubur asyura; biasanya setiapkali tiba 10Muharam emak akan menyediakan masakan itu kerana ia menjadi kesukaan anaknya ini. malangnya emak kini masih di bumi anbia'.justeru saat berbuka 10 muharam tempohari, saya jadi sayu tidak menentu. eh, nampak sodap je masakan kanda, nanti ada ruang, mahu mencuba resepi yang "simple" ini.
Salam buat Mawar..
Sudah sekian lama Pak Lang tidak menjengah blog ini. Rupanya banyak maklumat saya tertinggal, terutama tentang beberapa kehilangan yang Mawar alami. Semoga Mawar sentiasa tabah. Bila melihat bubur asyura, saya teringat bubur asyura masakan mak mentua saya. Memang sedap. Alhamdulilah Mawar juga nampaknya berbakat memasak bubur asyura yang mengingatkan kita tentang peristiwa 10 muharam.
Mawar said…
Kay,
sekarang kita sudah jadi "emak" dan sudah saatnya kita pula yang menyediakan bubur ayura untuk anak2 kenang banyak kisah sejarah pada 10 muharam. antaranya, diturunkan hujan untuk pertama kali di bumi ini. MAHA SUCI DIA!
Mawar said…
Salam Pak Lang yang jauh,
apa kabar? terima kasih kerana sudi datang. ya, saya memang suka memasak setakat ini (sebagai terapi) dan harap dapat masakkan buat Pak Lang sekeluarga bila mampir nanti!
aspirasiku said…
Dr. Mawar,
Sudah lama saya ingin mengenali insan hebat yang bernama Mawar. Baru di sini dapat ketemu. Jika mungkin dapat berkongsi ... setelah resipi bubur asyura, barangkali tip penulisan kreatif... sedulang terima kasih dipersembahkan.
Mawar said…
Sdr Ayu

terima kasih. subhanallah, saya pulangkan kepada Allah penghargaan sdr itu.