Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung (huud: 42)
(foto waktu senja saat matahari mahu tidur di pantai Kampung Sungai Muda; banyak menyimpan kisah sedih gelombang besar disember 2004).

Comments

purplemelastoma said…
NUR ATIQAH merenung jauh ke ufuk laut. Selat Chinchin bercahaya oren dan sedikit kemerahan. Biasan matahari pada permukaan air menghiasi ruang ke sebelah barat. Pandangan mempersonakan. Desiran ombak yang memukul pasir bagaikan berlagu bagi menghibur hati yang rawan.

Ibu jari kaki Nur Atiqah menguis pasir halus. Pasir itu tadi begitu putih, tetapi sekarang sudah kelam dalam cahaya remang senja yang sudah meranggak masuk. Dia menoleh pada Fatin yang sama duduk di atas pasir. Mata memandang jauh ke tengah laut, tangan memeluk kedua-dua lutut.

"Kak Nur minta maaf tadi tak jadi pergi tengok Underwater World."

"Tak apa Kak Nur. Esok kita boleh tengok."

***Beautiful sunset, an excerpt from my writing on alurilmu.blogdrive.com. To those who were really hit hard by the disaster, memories and bad dreams never fade. But to others, life goes on, sufferings of the unlucky ones are quickly forgotten. As sunset approaches they resign to their homes and expect to start a fresh new day tomorrow....
Silir Senja said…
Ombak yang melanda membawa pergi sebuah cinta dan cerita yang diselubung sejuta misteri..hanya Dia yang tahu persis kisah yang sebenarnya....
Naim said…
Ooo...sudah genap empat tahun peristiwa yang meragut 280 ribu nyawa dari 16 buah negara....

http://naimisa.blogspot.com
Mawar said…
Purple, Silir dan Naim

sempena memasuki ruang baru tahun hijrah ini, saya berdoa semoga kita dihimpunkan sebagai manusia yang selalu mahu belajar daripada bencana. ternyata ia isyarat dari Tuhan dan kita kembali kepada fitrah kejadian...amin. salam maal hijrah!