Tahukah sdr kita sering berhadapan dengan jalan raya yang hodoh? sejak awal minggu saya terpaksa menggunakan jalan bertol untuk mengelak jalan biasa yang terlalu banyak lubang; ada yang seperti kawah gunung berapi! ia setelah kereta saya rosak teruk akibat menjadi mangsa salah satu lubang yang selama ini hanya menunggu nasib mana-mana kereta malang. apa lagi dalam hujan petang; kita tidak pernah tahu air yang memenuhi lopak sebenarnya merupakan sebuah lohong dalam dan mengerikan! aduhai...

Comments

MOHD SAIDI said…
SALAM DR MAWAR..
malang memang tidak berbau.
jalan raya telah lama menjadi medan maut. jauh tersasar dari tujuan sebenrnya dicipta.
purplemelastoma said…
Dear Dr. Mawar,

Assalamualikum,

That is part of life-script that we have to follow. There could be some 'hikmah' in it. Read the poem "The Road Not Taken" by Robert Frost (1916) that I have uploaded into my blog
Wan Nor Azriq said…
Salam Kak Mawar,

Saya pun sering lalui nasib yang sama.Rosak tayar kereta.
Mawar said…
Saidi dan Purple
terima kasih...ya. kadangkala saya membayangkan sewaktu begitu berhati-hati melewati "kawah gunung berapi" itu seperti meniti siratal mustaqim! tapi sekarang sudah ikut jalan jauh - lebuh raya untuk ke kampus. lebih bagus jalannya cuma agak jauh dan perlu bayar!
Mawar said…
Azriq,
hati-hati ya sayang... moga kamu dilindungi selalu.
syed_saiful said…
salam...
begitulah nasib..kita terpaksa membayar harga yang tinggi tetapi tidak dapat menikmati apa yang diinginkan..berbaloikah?
Matahari diliput awan said…
Bila Dr. Mawar sedang memandu kereta dalam hujan melewati jalan-jalan yang berlubang, mohon Dr. Mawar bersabar. Kesabaran itu akan datang apabila Dr.Mawar membayangkan seorang lain di jalan yang sama berjalan kaki tanpa kasut menempuh hujan bertudung daun talas menuju pondoknya....(Aih...kemanakah masa laluku? Hujan Negeri Atas Angin ini anih, tak kusuka...Aku ingin sekali menikmati hujan khatulsitiwa! Berlari telanjang kaki di hujan deras dan bersemburan air dengan teman sebaya di lumpur yang becek...)
Mawar said…
Syed
ya, sering kita membayar atas apa yang tidak perlu. antaranya kita harus membayar harga kesihatan yang selalu kita tidak ambil peduli...ya, begitulah.
Mawar said…
Matahari diliput awan,
ya, terima kasih. saya akan selalu sabar. hujan kadangkala membawa warna gundah, tapi ada juga melihat hujan sebagai makna bahagia. saya juga sering bermain hujan dan ia merupakan cerita bahagia waktu kecil dahulu.