Setiap saat, Dia mencipta takdir yang tersendiri untuk kita. Ada bahagia dan ada yang sarat gulana. Saat saya meraikan Bunda Profesor Siti Hawa Salleh menerima Hadiah Sastera Mastera terbaru dan ulang tahun anak sulungnya, Kanda Hana pada Oktober 19, sahabat kita, Ku Seman Ku Hussain sedang setia menemani isterinya yang kritikal, Hashimah di wad ICU PPUM. dan takdir itu terus bergerak dengan Iradah-Nya, Hashimah meneruskan perjalanan pulang yang aman (saya menerima panggilan telefon dari suaminya jam 0120, Oktober 20). al fatihah…

Comments

Anonymous said…
salam rindu dr...
sebagai manusia kita hanya berdoa hari-hari yang bakal kita lalui akan sentiasa berada dalam rahmatNya... biar hebat mana pun dugaan yang datang,kesabaran dan ketabahan itulah yang menjadi kan kita kuat pada hari ini...belajar menerima kehilangan dari sekarang kerana tidak ada yang kekal didunia ini...walaupun sukar tapi itulah takdirnya dr....
Anonymous said…
kanda,
Allah pandai menguji. Dia menguji kesetiaan hanya pada orang yang cinta, kerana orang yang tidak punya cinta awal-awal lagi akan gagal dalam ujian itu.

Doa saya buat alahyarham, dan saudara Ku Seman juga.
syed_saiful said…
salam...
pengorbanan kadang kal membuat kita lebih mengerti tentang kehidupan..membuatkan kita bersabar dan menerima apa jua ketentuan dari Illahi.
dan menghargai apa yang ada di sekeliling kita
Salina Ibrahim said…
Salam Mawar,
Saya mendapat khabar dari teman sepejabat. Agak terkejut, teringat kali terakhir bertemu sahabat kita ini beberapa lama dulu ketika dia berkunjung ke pejabat. Seperti selalu, muka tenangnya memang tak menceritakan apa-apa. Salam takziah untuknya dan sesiapa jua yang baru kehilangan orang tersayang.
Saadah Jaffar said…
Dr. Mawar, Bukan sahaja Sdra. Ku Seman kehilangan orang tersayang...
Hari juga kembalinya Makcik Shamsiah Fakeh ke alam yang fana dan selamat disemadikan di Pusara Sungai Besi sekitar jam 6.00 petang. Dalam renyai hujan yang tak putus-putus turunnya saya sempat bersama-sama melihat jenazah Makcik disemadikan. Al-Fatihah.
Mawar said…
Sdr ...sesuatu...
terima kasih. ya, tiada yang kekal kecuali DIA...
Mawar said…
Dinda Nas
ya, dalam kesedihan, kita mengutip keinsafan dan pelajaran...
Mawar said…
Syed
makanya, sering berlaku kita mengerti makna "ada" bila kita berhadapan dengan kehilangan.
Mawar said…
Cik Sal
saya tidak mengenali almarhum. tapi dapat saya rasakan ketika mengusap lengannya di wad PPUM, bahawa almarhum seorang yang baik di samping kuat dan tabah. kebahagiaan abadi buatnya di sana....amin.
Mawar said…
Kak Saadah
terima kasih kerana berbahgi berita. al fatihah buat Shamsiah Fakeh.