Saya lebih senang memilih yang "lama" dari meja juadah raya. Kuih ma'mor, tat atau seperti yang ini, kuih bangkit, menjadi kesukaan. saya teringat lagi waktu kecil "membantu" bunda menerap tepung ulian. akan saya bentukkan pelbagai rupa. selesai dikeluar kuih dari ketuhar, saya akan menunjukkan hasil kreativiti saya. oh kenangan! bagaimana kisah saudara? setulus kemaafan dipinta dan dihulurkan. salam lebaran!

Comments

CikLieYzaOnline said…
bahulu dan dodol juadah istimewa
di hari lebaran pasti tersedia
rendang dan ketupat masakan bonda
enak rasanya masih terasa

membalut ketupat di malam raya
daun palas sama dibuka
berkumpul semua ahli keluarga
terasa diri begitu berharga

bermaaf-maafan di pagi raya
lupakan semua segala sengketa
aidilfitri disambut dengan bahagia
pada yang tiada kukirimkan doa

-inilah cerita saya di hari raya-
Nurul Azliza Nordin
salinaibrahim said…
Mawar,
Maamor kegemaran saya. Bangkit kacang juga kesukaan. Putu kacang, putu beras, walau sukar menyediakannya tetapi ada kenangan zaman silam. Kecil-kecil dahulu kami adik beradik membantu emak & tok menumbuk kacang. Tapi sekarang bukan zaman lesung batu dan lesung tumbuk. Semua sudah masuk mesin. Emak saya juga tidak larat lagi menyediakn sendiri. Semua sudah jadi kuih tunjuk...
Matahari diliput awan said…
Aduh...kuih-kuih Hari Raya yang enak!! Terbit selera saya melihatnya. Tapi apalah daya...hanya boleh membayangkan dapat memakannya. Tak ada kuih-kuih enak seperti itu dijual di daerah perantauan saya yang sangat jauh dari Negeri Melayu ini... Selamat menikmati kuih2 enak itu, Dr. Mawar.Kalau sedang makan enak ingat-ingat jugalah teman-teman di ruang cyber ini, he he.
salam dr.Mawar. selamat lebaran daripada saya. walaupun kuih ini kuih 'lama' tetapi bagi saya ia menjadi warisan dan kenangan yang manis buat si pembuatnya. Jangan dilupakan kuih tradisi yang lama kerana jika tiada kuih yang lama maka tiada kuih yang baru. Indahnya jika kuih ini mempunyai pelbagai perisa!!

-nur aisyah-
Sheikhul said…
Assalamualaikum Dr. Mawar,

Dah lama tak makan 'kuih bakar' di Hari Raya!
Mawar said…
Nurul Azliza
terima kasih dengan cerita dan pantun. sungguh meriah bunyinya!
Mawar said…
Salam lebaran Cik Sal!
ya, saya belajar bikin kuih ma'amor dari ibu saudara di singapura. cantik sekali sepit daunnya. saya selalu ingin membuat sendiri di "ruang istimewa" tapi belum ada kesempatan. insya Allah akan buat juga, seusai lebaran pun tak mengapa!
Mawar said…
This comment has been removed by the author.
Mawar said…
Sdr Matahari,
selamat hari raya! nasib perantau memang begitu, selalu rindukan kampung halaman dan kuih muihnya. maka, seringlah pulang untuk mendakap bunda!
Mawar said…
Aisya,
tulislah cerpen tentang kuih, kenangan lebaran dan budaya kita!
Mawar said…
Sdr Sheikhul,
sdr mesti orang utara! saya tahu bila berkesempatan ke pasar (pekan?) rabu di alor setar. buah tangan pertama yang saya cari ialah kuih bangkit, tapi kemudian diberitahu sahabat penulis Osman Ayob dan Dr Jelani, yang dimaksudkan ialah kuih bakar!
mieza said…
Assalamualaikum dan salam perkenalan Dr. Mawar..
pertama kali berkunjung ke laman Dr.
Bercerita tentang kuih lama, saya juga meggemari kuih bangkit... Rasanya enak terutama sekali apabila kuih itu cair di dalam mulut... Tapi raya tahun ini saya tidak dapat menikmatinya. Raya tahun ini tidak semeriah sebelumnya selepas pemergian arwah mak cik saya yang juga rakan sejawat dengan Dr. Namun begitu, merasa jugalah saya kuih bangkit selepas pulang beraya di kampus, apabila rakan - rakan serumah membawa juadah dari kampung masng - masing...
RayyanZilfi said…
sedap sungguh kuih bangkit berkeju yang diberikan oleh seseorang baru-baru ini.pun begitu saya tetap dapatkan bangkit tardisional lama, dari Sekinchan.Tetap sedap, tapi kuih bangkit yang paling sedap pernah saya makan ialah kuih bangkit HPA, menggunakan gula perang.baru-baru ini tak sempat beli!
Mawar said…
Rayyan
saya sempat belikan nenek di Singapura kuih bangkit gula perang di Kuala Pilah!

den pun suko!