Dalam meriah lebaran, saya ke Borders hujung minggu lalu. sedang membelek Other Colors, terbaru dari Orhan Pamuk, saya riang menyapa Pak Samad Said, berkemeja ungu, yang tiba-tiba muncul. Kami bercerita panjang antara rak-rak buku ini. Bapak ghairah sekali berbahgi cerita tentang dunia "baru" yang sekian lama ditinggalkan - kanvas dan warna. Ternyata garis warna di tangan Sasterawan Rakyat ini mahal sekali dan begitu dihargai. "Tahun hadapan pameran lukisan Bapak di Dubai!" wah! Bapak menutup bicara, "... banyak sekali Bapak bercerita kepada Mawar." Ah, Pak. Saya senang sekali dengan inspirasi ini!

Comments

hasni Jamali said…
salam dr.mawar,

seorang sahabat mengunjungi kamar saya, membelek perpustakaan kecil saya, memilih novel untuk dipinjam, saya cadangkan kepadanya novel-novel dbp, tapi alaf21 juga yang dipinjam.

dia terkirisin dan berlalu tatkala saya menghulurkan sebuah hasil dari dbp.

apa ya, kata dr.mawar?
fadzil yusof said…
other colour tak silap saya judulnya. sayapun ke borders juga pada hari yang sama. tapi terserempak pula dengan puan mawar. juga pak samad. tapi terserempak dengan jaafar abd rahim. kurus rupanya manusia itu. saya bimbang untuk menegur. saya beli other colour dan beberapa novel lain. salah satunya kumpulan cerpen maussaupant. terima kasih kepada puan mawar yang juga memperkenalkan kenzaburo oe kepada saya lewat ds. kerana ia penuh geliga.
Mawar said…
Hasni,
nanti saya kuliahkan strategi pemasaran "novel popular" yang begitu memerangkap remaja!
Mawar said…
Salam Sdr Fadzil
terima kasih. ya, other colors! saya sudah mula membaca dan sukar untuk berhenti. semalam sempatkan diri membaca "I’m Not Going to School"...
SALAM MAWAR,
akak ralit membaca catatan mawar di sini. Sedar-sedar sudah lewat senja!

Akak akan singgah sini selalu nampaknya.

ps: Hasni Jamil, tidak semua karya ALAF21 memaparkan cinta melulu. Sudah baca karya Aminah Mokhtar & Shamsiah Md Nor yg diterbitkan Alaf21. Cubalah!
MARSLI N.O said…
Sdr Mawar, kiriman sudah diterima? Salam.
Mawar said…
Kak Lily,
hey! tetamu yang istimewa ni! siapa tak kenal dengan Lily Haslina Nasir. terima kasih kerana singgah dan akan singgah lagi...
will keep in touch.
Mawar said…
sdr Marsli yang baik,
terima kasih! menanti buraq sudah saya terima semalam. terima kasih. untuk sahabat lainnya, MENANTI BURAQ ialah kumpulan cerpen terbaru MARSLI NO...ayuh ke kedai buku!
lilyhaslina said…
Mawar,
Selain bahasa yang cantik dan penuh pesona di blog ini, akak seronok sebab mawar berkongsi resipi!
Mawar said…
Kak Lily,
terima kasih. ya, jujur, saya gemar memasak; walau tak semesti enak. saya suka mencuba yang baru selain ia terapi yg sangat bagus khusus untuk kita yang bekerja. Kakak dan sahabat lain juga, dialu-alukan menampal resepi di sini! yuk!
Anonymous said…
Dr Mawar
Saya juga pernah bertemu Pak Samad di gerai Wira Bukit masa Pesta Buku tahun ini, juga sempat membeli buku-bukunya Dari Salina ke Langit Petang, Ilham di tepi Tasik, Rindu Ibu dan Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri. Anak Dara saya pula ketemu pak Samad di dalam komuter ketika mahu ke MidVelley. Wah, sukanya dia, seperti saya juga lagaknya....
Mawar said…
Sdr Anonymous,
berbahagialah Pak Samad. Kemunculannya sering dinanti dan membahagiakan...
Matahari diliput awan said…
Ah...para novelis dan cerpenis... Aku begitu kagum kepada mereka, yang pintar menciptakan lelaki dan perempuan dalam cerita yang membuat aku jatuh cinta atau berderai air mata. Ah...dimanakah Sitti Nurbaya, 'Ratoe Boelan dari Kuala Lumpur', Annelies Mellema yang begitu seksi dan mengghairahkan di ujung pena Pramoedya Ananta Toer.....atau Masitah...perempuan berhati rembulan dalam guratan kalam Dr. Mawar Shafei....Duhai....jika mereka ada di dunia nyata...pasti aku akan jatuh cinta kepadanya...
ram said…
Assalammualaikum,dr.Mawar..
terima kasih kerana memberi saya ransangan untuk berkarya dan terharu saya rasakan apabila ada insan yang mula mengendahkan personaliti saya dan cuba memperbaiki kelemahan diri.Alhamdulillah...kerana masih diberi nasihat dan panduan hidup oleh beberapa bekas guru saya dan amat berharap dr. Mawar juga boleh tegur kesilapan dan memberi bimbingan untuk insan yang baharu sahaja ingin belajar berpaut sendiri.syukran....
ram said…
Assalamualaikum dr Mawar...
Terima kasih kerana sudi tegur kesilapan keterampilan diri saya.Harap sangat bimbingan dari dr. Buat masa kini, saya masih berhubung dengan guru-guru saya dan ternyata mereka sering menasihati dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu.Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa orang-orang yang berilmu di bawah lindungan para malaikat. Subbahanallah..kita dipilih oleh Allah S.W.T. sedangkan masih ramai yang tidak berpeluang menyingkap rahsia ilmu Sang Pencipta. Mereka terpaksa bergelumang dengan gelora kemiskinan,peperangan dan tuntutan takdir.
Mawar said…
Matahari,
ya, saya juga pernah jatuh cinta dengan watak dalam novel, alangkah kalau mereka ada di alam nyata. antaranya ialah Lajis, si arkeologis dalam Hujan Pagi. oh!
Mawar said…
Ram,
selamat maju jaya!