Beberapa hari ini saya bekerja di luar kampus. sesekali memang bagus lari daripada rutin. apalagi tempat pelarian itu berdekatan kawasan pantai. kamar resort yang saya duduki menghadap laut selat melaka. ah... bunyi ombak datang bertamu, angin panas yang dikirim dari jauh... foto ini saya rakam saat matahari kian menghilangkan diri. dan malam itu saya menanti bulan dari balkoni ini...

Comments

Matahari diliput awan said…
Ah...Dr. Mawar 'menyendiri' bersepi-sepi di kamar resort di Pantai mengahdap Selat Malaka? Aih...indahnya! Terbayang daku kepada Iwan Simatupang si manusia hotel itu. Bila penat menggurat kalam, berjalanlah Dr. Mawar menyisiri pantai,sambil menyapa anak nelayan yang pulang melaut mengharung ombak tinggi demi sesuap nasi. Selat Malaka....sudah begitu banyak dikau menyimpan cerita tentang hidup manusia.Dr. Mawar...kenapa tidak engkau rakamkan cerita-cerita manusia yang mengharungi dan ditelan Selat Malaka itu dalam guratan kalammu?
nakumie said…
salam terindah dr mawar...

indah sungguh permandangan di kala waktu petang, matahari hampir melabuhkan sinarnya, ingin saya kongsi sekali pengalaman bersama doktor percutiaan saya bersama keluarga di pantai Cherating, sungguh mendamaikan jiwa dan memberi ketenangan sekali, mungkin boleh mencari ilham untuk berkarya barangkali...
Mawar said…
Sdr Matahari diliput awan,
terima kasih. ya, segara sering menawarkan ilham. melihat sahaja riak gelombangnya, disapa pawana, ilham mengalir terus!
Mawar said…
Nakumie
ya, matahari selalu akan beri ilham apalagi saat dia menghilangkan diri. kita akan selalu mahu mencari makna kehadirannya...
hasni Jamali said…
biar mentari dilihat jatuh, biar juga purnama dinanti tiba. alangkah manis saat itu, ya!

tapi ada masanya, selayang putih tiba-tiba mengganggu lensa anda. hmm...apa pula mahu ditafsir perasaan itu ya dr.?
memang cntik pemandangan di waktu senja begini..kadang2 mengilhamkan sesuatu dari kotak fikiran kita dengan tiba-tiba..teringat saya pada kata-kata dr.mawar, jika kita pandang sesuatu jgn pandang dari satu persepsi saja. contohnya, pandang laut dan matahari ini..
ILhaM UyaISha said…
salam dr muwaira - (my dear mawar..)

terima kasih kerana sudi memberikan sedikit sinar di nubari walau saya akur ianya memang mustahil. mentari senja membawa seribu erti. walau saya tahu, mungkin esok saya tidak dapat menikmati cahaya itu, tapi saya tahu peluang mungkin ada. Tuhan penentu segalanya.....
Mawar said…
Hasni,
"selayang putih"?
Mawar said…
Alam nukilan kreatif,
ya, harus curahkan ilham itu dalam cerpen ya!
Mawar said…
Uyaisha,
ya, jangan risau pada yang belum pasti. takdir sering tidak kita duga datangnya, wajahnya. berdoa dan mohon kasihan-Nya...
hasni Jamali said…
ya, selayang putih. itu kata halus bagi paranormal. hehehe, saja mahu mengusik.
Nik KrEaTiF said…
salam Dr. Mwar

Memang indah apabila penat bekerja dapat pula merehatkan minda di tempat peranginan sebegitu..bunyi deruan ombak yang memecah kesunyian..pasti hilang segala bebanan kerja..Semestinya tempat itu memberikan Dr Mawar seribu ilham untuk berkarya seterusnya kan..
Mawar said…
Nik
ya, semoga ia juga memberi ilham kepada sdr. selamat berkarya!
eroul86 said…
Dr. Mawar,

Pantun ni saya ukir sendiri
sengaja saya menciptanya
kerana setiap ujaran yang dizahir daripada ujana naluri...di situ ketulusannya lebih mendalam.
pantun ni merupakan persembahan jiwa saya yang masih tahu menghargai dan mengingati kebesaran jasa Dr.

Si bodoh ini mencipta pantun:

Hinggap nuri menenun sarang,
sarang ditenun melilit suasa,
budimu kencana sudah tersanjung,
melingkar ingatan sepanjang masa.

Hairul Sufian,
Program Linguistik,
U.K.M.
mista_eroul@yahoo.com
Mawar said…
Sdr Hairul,
terima kasih atas pantun yang bagus. boleh memanfaatkan puisi Melayu yang agung dalam cerpenmu nanti...