Wah, ada teman yang minta resepi ayam pandan! silakan resepi yang mudah ini. baurkan serbuk ketumbar, jintan putih, jintan manis, kicap manis, cili giling - semuanya lebih kurang 2/3 sudu besar, sedikit garam+gula, bersama ayam yang dipotong kecil. balut ayam dengan lipatan seni daun pandan, kemudian sematkan dengan lidi kecil. biarkan semalaman. harum pandan dan ayam berempah digoreng, pasti menguja selera! biasanya saya gunakan sos cili kasar (apa2 jenama) ditambah dengan hirisan lemon kegemaran saya. cuba ya!

Comments

Bubbly Summer said…
Wah!! saya sangat suka ayam pandan!! pertama kali rasa masa belajar di pahang.

sedap!
mariahsj said…
Laa, laparlah. Nanti cuba selepas raya. Atau dijamu Mawar nanti dengan kwayteow gorengnya di rumahnya. Boleh?
Matahari diliput awan said…
Ayam pandan...Erg lekker! Bagaimana mungkin saya boleh memakan masakan yang enak ini di negeri utara? Sajian Mawar ini membuat perut saya lapar. Saya hanya berbuka puasa dengan segelas air putih dan sepotong roti keras dengan keju yang amis baunya. Ingin terbang saya ke Malaysia selama Ramadan ini. Pasti di sini boleh makan enak dimana-mana kedai nasi.
Insah Johana said…
salam ramadhan...
dr.mawar, tahniah! selepas ini pasti ada saja resepi yang disari dalam coretan-coretan terbaru... saya nantikan, dan ingin sekali mencubanya. hmm, teh lemon yang dijanjikan sudah dibancuh? :-)

hasni.
Nana Neriza said…
pasti sesiapa pun akan teruja melihat gambar yg di tunjukkan..malah akan lebih teruja kalau dapat merasanya sendiri..
selamat berpuasa Dr.Mawar
NIK said…
Salam Dr.Mawar Shafei,

Selamat Berpuasa..semoga mendapat keberkatan dari yang Maha Esa,Insyaallah..Amin
harapnya dapat lagi resepi- resepi terbaru menjelang hari raya nanti..